nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Wilayah Persekutuan sasar segera capai imuniti kelompok

16 JUN: Usaha mempercepatkan dan merancakkan vaksinasi dalama kalangan penduduk di Wilayah Persekutuan sedang giat dijalankan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, usaha berterusan itu bagi menyokong inisiatif kerajaan di seluruh Wilayah Persekutuan.

“Di Wilayah Persekutuan, kita telah pun memulakan Program Vaksinasi Bergerak MYMedic@Wilayah khusus untuk mempercepatkan dan merancakkan lagi vaksinasi kepada komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan perumahan awam serta golongan pekerja industri dan gelandangan.

ANNUAR

“Dalam masa terdekat pula, peniaga-peniaga di pasar borong dan penduduk di kampung tradisi di Kuala Lumpur akan menerima suntikan vaksin di kawasan masing-masing,” katanya menerusi  kenyataan di Facebook miliknya, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Pelan Pemulihan Negara sebagai strategi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut pandemik COVID-19.

Pelan itu mempunyai empat fasa dengan tiga petunjuk atau ‘Tiga Indikator Ambang Utama’ iaitu angka kes harian, keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) dan populasi lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19.

Dalam pada itu, menerusi kenyataan sama, Annuar turut memaklumkan proses vaksinasi kepada penduduk di Labuan juga sedang diperhebatkan.

Beliau berkata, tindakan ini secara tidak langsung menyokong usaha kerajaan untuk mendapatkan imuniti kelompok pada kadar segera.

“Sejak pelaksanaan PKP mulai 1 Jun lepas, saya telah mengumumkan beberapa bantuan melalui Inisiatif Wilayah Cakna 5.0 bagi mengurangkan beban mereka yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

“Bantuan tambahan kepada penduduk lokaliti Labuan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) turut saya umumkan semalam bagi membolehkan rakyat dibantu sekali gus dapat menempuhi tempoh yang mencabar ketika ini,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.