nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Desak PM letak jawatan berniat jahat

17 JUN: Tindakan Pakatan Harapan (PH) menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan jika Parlimen tidak bersidang dalam masa terdekat dilihat bersifat jahat dan terdesak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN). 

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata kelompok itu bagaikan menangguk di air yang keruh dengan cuba memutar-belitkan kenyataan Istana Negara seolah-olah Parlimen patut dibuka sekarang juga tanpa mengira situasi wabak COVID-19 yang membimbangkan. 

Menurut beliau, kenyataan Istana Negara semalam bertepatan dengan kenyataan Perdana Menteri sebelumnya bahawa Parlimen akan dibuka secepat mungkin dalam bulan September atau Oktober setelah kadar vaksinasi kebangsaan mencapai sasaran tertentu dan kes COVID-19 dapat diturunkan dengan drastik.

“Tiada titah daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar Parlimen dibuka sekarang ketika darurat berlangsung sehingga 1 Ogos nanti. Kelompok ini sengaja menjadikan kenyataan Istana Negara semalam sebagai modal untuk mengalihkan perhatian rakyat yang sedang bergelut dengan penularan wabak berskala global dan masalah ekonomi. 

“Kerajaan Malaysia sedang berusaha bersungguh-sungguh hampir 24 jam bersama para petugas barisan hadapan untuk menjayakan agenda pemulihan negara sambil mengimbangi tuntutan pelbagai pihak.

Tindakan pembangkang mendesak Perlimen dibuka semula atau Muhyiddin meletak jawatan PM menunjukkan PH terdesak menjatuhkan kerajaan PN.

“Kenyataan dari Istana Negara semalam juga langsung tidak menyebut bahawa kerajaan Malaysia pimpinan PN sekarang gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

“Malah, tiada pula dilayan sebarang cadangan untuk membentuk Majlis Gerakan Negara (Mageran) dan Pilihan Raya Umum (PRU) dalam waktu terdekat atau sebarang bentuk penukaran kepimpinan negara sedia ada,” katanya kepada PN BBC Portal, hari ini. 

Terdahulu, PH menerusi kenyataan menggesa Muhyiddin untuk melepaskan jawatan perdana menteri kononnya jika beliau terus berlengah atau memberi alasan untuk melewatkan sidang Parlimen susulan titah Yang di-Pertuan Agong semalam.

Gabungan pembangkang itu menyatakan amat penting untuk Parlimen bersidang semula supaya semak imbang tadbir urus dan perjalanan pentadbiran Putrajaya dapat dilakukan.

Justeru, Muhammad Faiz menegaskan Al-Sultan Abdullah amat memahami realiti semasa negara ini yang memerlukan kerjasama semua pihak dalam memainkan peranan masing-masing demi rakyat, bukan kepentingan peribadi, apatah lagi bermain politik di kala negara amat memerlukan kestabilan politik. 

“Amatlah tidak bertanggungjawab pembangkang yang mahu Parlimen dibuka sekarang sungguhpun mereka tahu kadar vaksinasi nasional belum mencapai liputan 50 peratus populasi negara.

“Sedangkan mereka tahu kadar vaksinasi yang sedang diusahakan kerajaan makin hari makin meningkat kepantasannya. Tidak bolehkah mereka bersabar sedikit masa lagi?

“Jika Parlimen dibuka sekarang, bukan saja ahli-ahli Parlimen, malah 1,000 nyawa bakal terdedah kepada wabak tersebut daripada tukang cuci hinggalah para pegawai kementerian, “katanya. 

Justeru, beliau menegaskan perkara tersebut perlu diteliti dengan mendalam dikhuatiri kelak timbul pula kluster Parlimen selain membahayakan nyawa ahli-ahli Parlimen.

“Cadangan sidang Parlimen secara maya atau hibrid pula mempunyai keterbatasan yang tertentu memandangkan ia pertama kali dicadangkan, maka sudah tentu ia mengambil masa untuk direalisasikan agar tiada masalah teknikal yang berbangkit di kemudian hari. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.