nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan boleh laksana darurat khusus elak pilihan raya

17 JUN: Jika proklamasi darurat ditamatkan pada 1 Ogos ini, kerajaan boleh melaksanakan satu kaedah darurat yang dikhususkan pada sesuatu tujuan dan tempat bagi mengelakkan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) daripada diadakan. 

Pakar Perlembagaan dan Undang-Undang dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, Pelan Pemulihan Negara juga tidak akan terkesan berikutan kerajaan masih boleh melaksanakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).  

“Walaupun darurat tidak disambung, Yang di-Pertuan Agong masih boleh mengisytiharkan darurat mengikut tempat dan sebab perlu dilakukan seperti yang telah dilaksanakan menerusi Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah bagi mengelak Pilihan Raya Kecil (PRK). 

muhammad fathi yusof
FATHI

“Pengisytiharan itu boleh diambil berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi memahsyurkan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(No 2) 2020 Sn Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 3) 2020 di bawah Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada PN BBC Portal ketika dihubungi, hari ini. 

Justeru, Fathi menyakini bahawa pelan pemulihan yang dilaksanakan kerajaan mampu menurunkan kes COVID-19 sebelum Proklamasi Darurat ditamatkan sepenuhnya menjelang 1 Ogos nanti. 

“Berdasarkan pelan pemulihan negara, kedudukan dan situasi wabak COVID-19 pada ketika itu sudah pasti berada dalam keadaan menurun dan dalam tempoh yang ada sekarang, kerajaan perlu membuat lebih persiapan agar tidak jejaskan usaha-usaha kerajaan menangani COVID-19 jika Proklamasi Darurat ditamatkan,” katanya. 

Sementara itu, Pakar Undang-undang dan Perlembagaan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar berkata, pandangan Raja-Raja Melayu bahawa tidak ada keperluan untuk meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos membuktikan keyakinan tinggi Raja-Raja Melayu terhadap pentadbiran dan perancangan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam membendung pandemik COVID-19. 

Menurut beliau, kerajaan perlu meneliti pandangan tersebut agar tidak membantutkan sebarang usaha kerajaan melawan COVID-19 dan rakyat tidak memandang negatif keputusan yang diambil oleh kerajaan. 

Menurut beliau, jika pendapat Raja-Raja Melayu diambil secara positif sudah pasti akan menaikkan semula imej Kerajaan PN di mata rakyat yang membuktikan ketulusan dan keikhlasan kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19. 

“Saranan Raja-Raja Melayu ini sebab utamanya adalah keyakinan kerajaan dalam mentadbir tanpa kuasa darurat di samping memastikan negara kita tidak dipandang seorang oleh rakyat mahupun masyarakat dunia. 

“Pembangkang kata sebelum ini perkara itu susah dicapai namun desakan itu membuktikan bahawa pembangkang yakin kerajaan sememangnya mampu untuk mentadbir dan mengawal COVID-19 tanpa Proklamasi Darurat seluruh negara. Jika tak yakin, sudah pastinya mereka mendesak kerajaan agar sambung darurat,” katanya. 

Dalam pada itu, Khairil Azmin yang juga Pensyarah Undang-Undang UIAM turut mencadangkan agar ketua-ketua parti politik tidak kira di kalangan kerajaan mahupun pembangkang mencari mekanisma terbaik agar waktu yang paling sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dapat disepakat bersama dalam keadaan negara dan dunia masih menghadapi wabak COVID-19. 

“Carilah satu kata sepakat dan persetujuan yang tidak melibatkan politik namun kepada penyelesaian dalam mencari waktu sesuai tanpa menjejaskan usaha kerajaan yang sedia ada dalam menangani penularan COVID-19. 

“Kalau dilihat pendirian Perdana Menteri, beliau tidak berniat untuk tangguh PRU namun akan dilaksanakan pada waktu yang sesuai agar kesihatan awam negara akibat COVID-19 tidak terjejas,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.