nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

2 juta pekerja capai imuniti kelompok September ini

21 JUN: Matlamat utama kerajaan melancarkan Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) pada 16 Jun lalu adalah bertujuan mencegah jangkitan virus daripada terus meningkat dalam kalangan pekerja.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata langkah berkenaan perlu berikutan terdapat peningkatan kes COVID-19 yang berpunca daripada kluster tempat kerja membabitkan sektor perkilangan dan industri ketika ini.

Berikutan itu Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak menyeru pemain industri yang belum berdaftar dengan PIKAS supaya segera berbuat demikian.

“Saya faham, mungkin ada yang menyoal kenapa sesetengah sektor itu dibenarkan beroperasi sedangkan sekarang negara di bawah perintah ‘total lockdown’.

“Keputusan membenarkan sektor pembuatan dibuka kerana ia adalah sebahagian daripada rantaian bekalan produk dan perkhidmatan yang perlu dan menyokong kelancaran fungsi infrastruktur seperti penjagaan kesihatan awam.

“Namun begitu, bagi syarikat-syarikat yang beroperasi tanpa kelulusan MITI, pihak kami tidak teragak-agak untuk memberi kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, pihaknya menyasarkan seramai dua juta pekerja sektor pembuatan akan mencapai imuniti kelompok selewat-lewatnya September ini.

Bagaimanapun, Azmin berkata langkah berkenaan bergantung kepada bekalan vaksin termasuk tenaga kerja dari segi bilangan doktor dan pasukan kesihatan yang ditempatkan di pusat pemberian vaksin (PPV) PIKAS yang bermula 16 Jun lalu.

“Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan (KKM) juga telah memberi jaminan kita akan menerima lebih banyak dos vaksin pada Ogos nanti.

“Justeru, kepada industri yang belum berdaftar dengan PIKAS, saya menyeru agar segera berbuat demikian bagi mencapai tahap imuniti kelompok negara.

“Jika cepat kita laksanakan, cepat juga kita akan kembali kepada kehidupan biasa, namun tetap dengan norma baharu,” ujarnya.

Pada Jumaat lalu, beliau berkata, sebanyak 2,082 syarikat dengan jumlah pekerja seramai 301,050 orang telah berdaftar untuk vaksinasi di bawah PIKAS.

Azmin dipetik sebegai berkata langkah berkenan perlu bagi melindungi nyawa dan kesihatan rakyat, kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau total lockdown bagi mengekang penularan COVID-19.

“Meskipun tindakan itu akan menjejaskan ekosistem ekonomi negara, namun kerajaan tidak akan sesekali berkompromi soal hidup dan nyawa rakyat,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.