nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Graduan perubatan untuk latihan siswazah tidak dihentikan

23 JUN: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata pengambilan graduan perubatan untuk mengikuti latihan siswazah tidak pernah dihentikan, malah diteruskan seperti biasa.

Katanya, pengambilan graduan perubatan itu terus dilaksanakan selepas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) meluluskan pelantikannya untuk memberi pendedahan pengalaman bekerja kepada mereka, sepertimana obligasi ditetapkan Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012).

Dr Adham berkata, sejak Disember 2016, pengambilan graduan perubatan dibuat secara kontrak, berikutan kekangan perjawatan tetap dan membolehkan pengambilan dilakukan tanpa terus bergantung kepada kekosongan tetap yang terhad.

“Kontrak ditawarkan adalah sehingga tiga tahun bagi membolehkan graduan perubatan menjalani latihan siswazah dan kemudian disambung dua tahun untuk melengkapkan khidmat wajib,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pandangan dikemukakan Persatuan Perubatan Kesihatan Awam Malaysia dan Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia supaya kerajaan meneliti semula pengambilan penempatan lantikan baharu graduan perubatan untuk berkhidmat di Kementerian Kesihatan (KKM).

Penelitian semula itu bagi memastikan graduan perubatan, khususnya dalam kalangan Bumiputera dapat berkhidmat secara tetap dan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran bidang profesional di negara ini.

Selain itu, Dr Adham berkata, bagi tempoh Disember 2016 sehingga 31 Mei 2021, seramai 23,077 pegawai perubatan UD41 dilantik secara kontrak bagi menjalani latihan siswazah dan khidmat wajib.

“Daripada jumlah ini, seramai 789 daripada 2,544 pegawai membabitkan Kohort Lantikan 1 Tahun 2016, Kohort Lantikan 1 Tahun 2017 dan sebahagian Kohort Lantikan 2 Tahun 2017 yang layak diperakukan pelantikan tetap sudah ditawarkan SPA untuk jawatan berkenaan.

“Kohort lantikan lain yang masih dalam latihan dan belum ditimbangkan pelantikan tetap, perkhidmatan mereka masih disambung sehingga 2022,” katanya.

Berhubung pelantikan secara tetap, beliau berkata, pelantikan itu dilaksanakan berdasarkan kekosongan jawatan tetap dari semasa ke semasa, selain ditawarkan kepada pegawai yang melepasi kriteria pelantikan tetap digariskan menerusi surat pekeliling ditetapkan.

“Bagi memastikan penilaian dibuat lebih adil dan saksama, proses penilaian semasa latihan siswazah dilakukan pada setiap penempatan serta kriteria penilaian pelantikan tetap dimaklumkan kepada setiap pegawai,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Adham berkata, KKM sudah menubuhkan tiga peringkat jawatankuasa penilaian, iaitu Jawatankuasa Teknikal Pelantikan Tetap di peringkat program perubatan, Jawatankuasa Pemilihan Pelantikan Tetap dipengerusikan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) serta perakuan pelantikan tetap kepada pengurusan tertinggi kementerian bagi memelihara ketelusan serta integriti dalam proses memperakukan pelantikan secara tetap.

“Peluang pekerjaan dalam perkhidmatan kesihatan di negara ini tidak hanya diberikan KKM, tetapi turut terdapat di hospital di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Pertahanan dan sektor swasta,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.