nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pekerja, majikan terkesan COVID-19 wajar manfaat SIP

23 JUN: Pekerja dan majikan yang terkesan dengan COVID-19, wajar memanfaatkan bantuan disalurkan kerajaan menerusi Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi kenyataan, berkata pekerja dan majikan pelbagai sektor, termasuk peruncitan dan beli-belah itu diminta mendapatkan bantuan atau faedah sementara ditawarkan SIP menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“SIP adalah program jaringan keselamatan bagi membantu pekerja kehilangan pekerjaan mendapatkan bantuan kewangan secara sementara.

“Usaha dilaksanakan KSM berkenaan juga untuk membantu mereka memperoleh pekerjaan bagi meneruskan kelangsungan hidup,” kata kenyataan itu, hari ini.

Menerusi kenyataan itu, KSM berkata, pelbagai bantuan tambahan turut disediakan, termasuk Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) melalui inisiatif diumumkan ketika Belanjawan 2021, iaitu menyediakan elaun mencari pekerjaan bagi minimum tiga bulan dan maksimum sembilan bulan.

Katanya, jumlah EMP dibayar adalah 80 peratus pada bulan pertama, manakala bulan kedua sehingga bulan keenam membabitkan sebanyak 50 peratus dan bulan ketujuh sehingga kesembilan (30 peratus).

Pada masa sama, kenyataan itu berkata, KSM melonggarkan syarat kelayakan bagi pekerja yang tidak memenuhi syarat kelayakan caruman (CQC) minimum 12 bulan atau tamat tempoh kontrak perkhidmatan minimum 12 bulan, selain pernah diperbaharui sekurang-kurangnya tiga kali.

Kelonggaran itu, katanya, membolehkan mereka yang layak memohon bantuan kewangan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP PRIHATIN) sebanyak 30 peratus selama tiga bulan.

Selain itu, kenyataan itu berkata, KSM menyediakan Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) kepada Orang Berinsurans (OB) yang kembali bekerja dengan cepat

“EBSA bertujuan sebagai insentif menggalakkan mereka kembali bekerja dengan segera dan kadar bayaran elaun ini adalah 25 peratus daripada baki EMP serta dibayar secara pukal.

“Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB) disediakan kepada OB bekerja lebih satu majikan dan kehilangan pekerjaan daripada salah satu majikan itu, manakala kadar serta tempoh bayaran adalah sama dengan EMP,” katanya.

Bagi OB yang menjalani latihan, katanya, akan menerima elaun latihan antara RM10 sehingga RM20 sehari selama enam bulan.

Jelasnya, bayaran latihan juga diberikan kepada penyedia latihan yang berdaftar dengan jumlah maksimum RM4,000.

Faedah bantuan pencarian pekerjaan, katanya, turut disediakan KSM bagi membantu OB dapat kembali bekerja semula, iaitu dengan sokongan secara individu daripada pegawai perkhidmatan pekerjaan PERKESO.

“Kementerian merayu permohonan tuntutan faedah SIP dibuat sama ada secara dalam talian di portal SIP atau hadir ke mana-mana kaunter PERKESO berhampiran.

“Individu kehilangan pekerjaan juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) secara dalam talian berhubung permasalahan dihadapi,” katanya.

Pekerja, katanya, boleh melayari portal MYFutureJobs dan www.myfuturejobs.gov.my untuk mendapatkan peluang pekerjaan dan sebanyak 242,598 kekosongan jawatan aktif berdaftar di bawah portal MYFutureJobs disediakan ketika ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.