nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

COVID-19: Masyarakat kena peka keadaan jiran

25 JUN: Setiap rakyat di negara ini perlu memainkan peranan masing-masing dalam membantu mereka yang terjejas akibat pandemik wabak COVID-19. 

Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata situasi itu bukan lagi soal ‘jaga tepi kain orang’ kerana keadaan ketika ini adalah soal kelangsungan hidup dengan semua perlu tampil prihatin dan peka keadaan jiran sekeliling.

Menurut beliau, pengerusi persatuan penduduk, ketua kampung, penghulu, Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) setempat juga disaran menyalurkan bantuan terus jika menerima laporan daripada orang ramai. 

“Jika kita tahu ada jiran kita yang susah sampai tidak ada makanan, jangan berdiam diri. Jika tidak mampu untuk membantu dari segi wang ringgit, bantu dengan hubungi pihak yang sepatutnya.

JALALUDDIN

“Mereka boleh menghubungi ketua penduduk, ketua kampung, penghulu, wakil rakyat, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana pihak yang boleh menyalurkan bantuan.

“Selain itu, jika anda ketika ini menghadapi tekanan perasaan, jangan dipendam, jangan disimpan. Cari orang untuk berkongsi, cari orang yang boleh membantu. Tindakan memendam ini akhirnya akan memakan diri kita sendiri,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, lewat malam tadi. 

Dalam pada itu, Jalaluddin yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO merayu kepada kerajaan agar memudahkan bantuan antaranya pengeluaran i-Sinar 2.0 dari akaun pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium secara automatik.

“Kerajaan juga diharap untuk berhenti memberi fokus hanya kepada golongan B40, ketika ini M40 juga semakin terhimpit dan terkesan. Ramai juga golongan T20 yang telah menjadi M40. 

“Marilah kita sama-sama berdoa agar keadaan pandemik ini akan beransur pulih dengan cepat. Semakin lama keadaan ini berterusan, rakyat akan semakin tertekan,” katanya. 

Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Pendidikan Parlimen Malaysia mengakui sedih apabila ada rakyat di tempatnya hidup sukar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau bercerita pengalaman dialaminya saban hari ada penduduk menangis terpaksa ikat perut kerana tiada apa hendak dimakan keluarga di rumah.

“Setiap hari, akan ada sahaja orang yang menghubungi saya sama ada secara terus kepada pegawai saya atau melalui Facebook, mengadu nasib masalah kewangan mereka. Bagi sesetengah rakyat di luar sana, PKP ini umpama satu seksaan dunia untuk mereka. 

“Ada yang kehilangan pekerjaan, ada yang kehilangan pendapatan, anak-nak memberontak akibat terlalu lama duduk di rumah tidak dapat keluar. Apabila anak-anak memberontak, ibu bapa stres, sampai bergaduh suami isteri, dan akhirnya rumah tangga porak peranda.

“Ini satu realiti pahit yang sedang berlaku dalam masyarakat kita. Mungkin ada yang beranggapan ianya adalah isu terpencil. Tapi sebenarnya, jika perkara ini tidak dapat ditangani dengan segera, akhirnya masalah ini akan semakin membusuk,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.