nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bantuan Bakul Makanan Bukti PM Ketepi Fahaman Politik

30 JUN: Peruntukan RM300,000 kepada setiap ahli parlimen termasuk pembangkang untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) membuktikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenepikan soal politik demi kesejahteraan rakyat.

Justeru, Presiden Nasional Parti Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, pihaknya menyokong tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) memperuntukkan dana tersebut bagi membantu rakyat dalam kesukaran menghadapi kesan pandemik COVID-19. 

“Dana yang diperuntukkan kepada ahli parlimen pemerintah dan pembangkang tidak pernah dalam sejarah dibuat oleh kerajaan sebelum ini. 

“Jadi, kita boleh nampak di situ Perdana Menteri meletakkan politik di luar tetapi fokus pada bantu rakyat,” katanya menerusi kenyataan kepada media, hari ini. 

DOMINIC LAU

Isnin lalu, Muhyiddin menerusi pengumuman PEMULIH memaklumkan sejumlah RM300,000 diperuntukkan kepada setiap ahli parlimen termasuk pembangkang bagi melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas. 

Perdana Menteri berkata, kerajaan turut memperuntukkan RM10 juta bagi melaksanakan Bantuan Bakul Makanan khusus untuk masyarakat Orang Asli.

Dalam soal menyampaikan bantuan kepada rakyat melalui bakul makanan ini, beliau memaklumkan, kerajaan mengambil sikap mengenepikan perbezaan politik.

Dalam pada itu, Dominic Lau memberitahu, beliau melihat keadaan rakyat benar-benar terkesan ketika membuat sumbangan bakul makanan pada Program Kasih Kenyang kendalian Parti Gerakan minggu lalu.

Justeru, beliau mengharapkan agar semua ahli parlimen menggunakan sebaik-baiknya dana yang diperuntukkan kerajaan bagi membantu rakyat yang terkesan.

“Saya menyeru agar semua pemimpin pembangkang dapat mengikuti jejak langkah Perdana Menteri. 

“Buat masa sukar ini, ketepikan agenda dan matlamat politik peribadi, sebagai wakil rakyat sepatutnya utamanya kesejateraan dan kebajikan rakyat,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.