nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kilang,tapak bina punca 91 peratus kes COVID-19 di Selangor

30 JUN: Kerajaan Negeri Selangor mengakui hampir keseluruhan kes pandemik COVID-19 di negeri itu adalah berpunca daripada Kluster yang bermula di tempat kerja.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, mengikut angka dan data terkini, 91 peratus kes berpunca daripada pekerjaan iaitu 80 peratus Kluster Perkilangan dan 11 peratus Kluster Tapak Bina bersamaan dengan 125 Kluster daripada dua sektor ini.

Justeru, beliau menjelaskan Program Vaksin Selangor (SelVAX) adalah usaha kerajaan negeri mempercepatkan proses vaksinasi rakyat dengan mengenalpasti kumpulan sasaran (SelVAX Komuniti) serta memelihara pekerja (SelVAX Industri).

“SelVAX Komuniti akan memberi manfaat kepada 250,000 warga Selangor yang belum divaksin, manakala SELVAX Industri adalah program berbayar yang terbuka kepada syarikat secara sukarela dengan sasaran satu juta pekerja.

“Bagi program itu, sejumlah 2.5 juta dos yang ditempah dengan jangkaan 1.25 juta orang penerima vaksin. Kerajaan Negeri menyasarkan hingga 181,000 dos bagi penerima SelVAX Komuniti secara percuma menjelang akhir bulan depan. 

“Bagi SelVAX Industri pula, kita sedar dan akui sejumlah besar kes saat ini berpunca daripada kluster tempat kerja,” katanya menerusi pengumuman Program SelVAX secara maya di Facebook miliknya, hari ini. 

Dalam pada itu, Amirudin memberitahu, kerajaan negeri menyediakan dua juta dos vaksin bersamaan satu juta pekerja, termasuk pekerja asing, dalam usaha melindungi semua daripada penularan wabak ini.

“Dengan memberikan vaksin kepada pekerja kilang dan industri, kita dapat mengawal dan mengurangkan kadar perebakan COVID-19, secara tidak langsung akan melindungi kita semua.

“Bagaimanapun, SelVAX Industri hanya terbuka kepada syarikat dan tidak dijual kepada individu,” katanya.

Tambah beliau, matlamat utama pelaksanaan SelVAX ini adalah melengkapi pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan memastikan imuniti kelompok dicapai.

“Dengan pelaksanaan SelVAX ini dan tambahan bekalan vaksin dari JKJAV, dijangkakan jumlah suntikan vaksin akan meningkat kepada 135,000 dos pada bulan Julai dan 165,000 dos pada Ogos. 

“Program SelVAX hanya dapat berjaya dengan kerjasama semua. Pelaksanaan program ini diharapkan akan mempercepatkan peralihan keluar daripada keadaan meruncing sekarang,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.