nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Agama Bantu Tangani Kesihatan Mental Rakyat – Mufti WP

1 JULAI: Pembukaan masjid dan surau secara berperingkat selepas keberkesanan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) merupakan antara langkah terbaik dalam memulihkan semula aspek kesihatan mental rakyat Malaysia.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah berkata, ini kerana aspek emosi dan kesihatan mental individu yang terjejas boleh menyebabkan kecelaruan dalam berfikir, seterusnya mendorong perilaku yang bercanggah dengan syarak.

Justeru, beliau mengharapkan agar aspek keagamaan sentiasa diberikan perhatian oleh kerajaan dalam usaha menangani kes kesihatan mental yang boleh membawa kepada peningkatan kes bunuh diri.

“Masyarakat ketika ini tercari-cari ruang untuk mententeramkan jiwa yang terkesan akibat COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

LUQMAN

“Jadi, pembukaan masjid dan surau secara berperingkat selepas pelaksanaan PICK antara langkah terbaik bagi memulihkan semula aspek kesihatan mental rakyat Malaysia.

“Jadi, kita berharap aspek keagamaan sentiasa diberikan perhatian oleh kerajaan dalam usaha menangani kes kesihatan mental ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Luqman memberitahu, dalam konteks kesihatan mental, bantuan dihulurkan merangkumi pelbagai aspek termasuk membantu dengan cara mendengar luahan, memahami keluh kesah, menyumbang idea dan buah fikiran, memberikan kata perangsang, menuturkan perkataan baik, mendoakan kesejahteraan dan seumpamanya.

Susulan itu, beliau menegaskan, umat Islam perlu mengamalkan sikap mengambil peduli, cakna dan saling membantu individu kurang bernasib baik terutama yang berada berhampiran dengan mereka.

“Perkara ini selaras dengan ajaran Islam yang mensyariatkan umatnya agar mengamalkan sikap tolong-menolong dalam urusan kebaikan.

“Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam titah baginda sebelum ini juga menzahirkan harapan supaya proses pemulihan segera dilaksanakan dalam memastikan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia sentiasa terjamin,” katanya.

Sementara itu, Luqman berkata, menjelang Aidiladha tahun ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyarankan umat Islam yang menjalani ibadah korban mengutamakan pengagihan daging korban kepada ahli keluarga, jiran tetangga, sahabat handai dan kenalan yang ditimpa kesusahan dengan mematuhi ketetapan prosedur operasi standard (SOP).

“Pemberian serba sedikit ini dapat mengurangkan beban dihadapi mereka dan semoga Allah mengurniakan perlindungan, keselamatan dan kesejahteraan kepada kita semua sepanjang menghadapi musibah COVID-19,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.