nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kenduri durian: Polis selesai rakam keterangan Mohd Rashid

3 JULAI: Polis sudah merakamkan keterangan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan 14 individu lain berhubung kes melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah kebun durian di Batu Pahat, pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata Ahli Parlimen Batu Pahat itu memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada 3 petang kelmarin.

Ismail berkata polis sudah selesai merakam keterangan kesemua mereka dan akan melengkapkan siasatan serta merujuk kes berkenaan kepada Pejabat Pendakwa Raya.

“Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan polis sudah membuka kertas siasatan terhadap Mohd Rashid yang didakwa melanggar SOP PKP susulan video ‘kenduri durian’ berdurasi 13 saat yang tular itu.

Berikutan itu Mohd Rashid memohon maaf atas kekhilafan melanggar SOP PKP di sebuah kebun durian di Batu Pahat, Johor, Ahad lalu.

Ahli Parlimen Batu Pahat itu berkata, beliau memohon maaf atas kekeliruan yang timbul dan menyerahkan siasatan lanjut serta berjanji untuk memberikan kerjasama penuh kepada polis.

“Kekeliruan timbul apabila terdapat beberapa media yang menghubungi saya bagi bertanyakan mengenai video saya di kebun dan saya menjawab soalan itu tanpa menonton sendiri video pada awalnya.

“Selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam, barulah saya ada kesempatan untuk menganalisa video yang terkait dengan saya,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.