nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan Allah: Kit Siang akhirnya mohon maaf secara terbuka

6 JULAI: Selepas dikecam hebat di media sosial oleh warganet dan pemimpin politik serta laporan polis dibuat pelbagai pihak akhirnya pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam berikutan kenyataannya mengenai “Kerajaan Allah” dalam satu hantarannya di Facebook miliknya, semalam.

Kit Siang yang Ahli Parlimen DAP-Iskandar Puteri juga mengaku bahawa beliau terkhilaf ketika membaca satu laporan media, dengan berpandangan ‘Kerajaan Allah’ yang disebut oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang merujuk kepada kerajaan Islam termasuklah kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang sering mendakwa mereka adalah “Kerajaan Melayu-Islam.

“Saya telah dimaklumkan bahawa saya telah silap dalam pemahaman saya mengenai apa yang dikatakan oleh Hadi Awang dan beliau bukan merujuk kepada ‘kerajaan Islam’.

“Atas kesedaran ini, saya menarik balik kenyataan saya dan memohon maaf atas kenyataan tersebut yang berdasarkan pemahaman yang salah mengenai kenyataan Hadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kit Siang dilaporkan, memuat naik kenyataan berbahasa Inggeris di laman Facebooknya yang dilihat menyentuh sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.

Dalam artikel itu, Kit Siang menulis, “Sekiranya ‘Kerajaan Allah’ adalah bentuk pemerintahan terbaik dalam pandemik COVID-19, mengapa Malaysia dalam senarai bawah dalam indeks global ekonomi berbanding Hong Kong, New Zealand, Korea Selatan, China, Jepun, Rusia, Thailand , Singapura, Vietnam dan Taiwan yang semuanya tidak pernah mengaku ‘Kerajaan Allah’.”

Bagaimanapun, kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berbunyi “Pandemik COVID-19 adalah ujian kepada manusia dan hanya ‘Kerajaan Allah’ yang maha berkuasa dan Maha Sempurna boleh menghapuskan virus itu. Manusia tetap mempunyai kekurangan dan kelemahan. Oleh itu pemimpin perlu bermuhasabah diri.”

Berikutan itu pelbagai pihak termasuk Pergerakan Pemuda UMNO dan Armada BERSATU mendesak Kit Siang memohon maaf kepada umat Islam dan menarik balik kenyataannya.

Malah, terbaharu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya membuka kertas siasatan terhadap Kit Siang kerana didapati mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.