nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ab Rauf puas hati prestasi exco, wakil rakyat Melaka

22 SEPT : Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh akui berpuas hati dengan prestasi barisan exco dan timbalan exco serta wakil rakyat negeri itu sepanjang pentadbirannya.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata mereka yang komited menyantuni masyarakat menerusi gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa).

Menurut Ab Rauf, komitmen itu dapat dilihat menerusi pelaksanaan program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) dan Hari Exco Bertemu Rakyat (HEBAT) yang membantu menyelesaikan pelbagai masalah di peringkat akar umbi.

“Daripada lebih 5,000 aduan yang diterima di seluruh negeri Melaka, kira-kira 80 peratus telah berjaya diselesaikan merangkumi pelbagai isu seperti kebajikan, kesihatan, infrastruktur sekolah, longkang dan lampu jalan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, hari ini.

Selain itu, Ab Rauf berkata, pendekatan turun padang menerusi program berkenaan memberi ruang kepada wakil rakyat serta barisan Exco untuk mendengar sendiri masalah masyarakat dan mengambil tindakan mengikut keperluan.

Mengulas soal pemilihan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) esok, Ab Rauf berkata keputusan itu diambil selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk cuaca dan bencana banjir.

“Kita mengambil kira faktor alam, mungkin ada banjir atau bencana, jadi kita mengambil kira banyak sudut dan persediaan telah dibuat lebih awal.

“Pemilihan tarikh pembubaran dibuat hari ini, namun tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) terserah sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.

Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.