nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan politikkan isu ceroboh tanah-Ketua Polis Pahang

7 JULAI: Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf, memberi amaran keras kepada mana-mana pihak berkepentingan dan ahli politik diminta tidak masuk campur atau mempolitikkan isu pencerobohan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di Raub, Pahang.

Sebaliknya, Ramli berkata beliau berharap semua pihak dapat mematuhi undang-undang dan tidak bertindak di luar batasan bagi mengelak tindakan tegas dilaksanakan polis.

“Setakat ini, keadaan terkawal dan Kerajaan Pahang juga mengambil inisiatif mengawal kawasan itu termasuk kehadiran Pasukan Gerakan Am (PGA) yang banyak membantu.

“Tiada ancaman baharu dimaklumkan setakat ini, kecuali yang kita saksikan dalam video tular itu.

“Bagaimanapun, sekiranya ada yang cuba mencetuskan kekecohan, polis tidak teragak-agak mengambil tindakan lebih tegas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Pahang, hari ini.

Datuk Ramli Mohamed Yoosuf

Ramli berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini isu pencerobohan HSK Batu Talam membabitkan kawasan seluas kira-kira 101 hektar.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana pihaknya prihatin dalam soal keselamatan penduduk Raub.

“Tiada apa perlu digusarkan kerana setakat ini semuanya terkawal,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seramai 18 individu yang dipercayai pekebun durian, ditahan kerana menceroboh Hutan Simpan Kekal Batu Talam di Raub, Sabtu lalu.

Kesemua mereka itu juga terbabit dalam memprovokasi pasukan penguatkuasa Jabatan Perhutanan Pahang yang menjalankan operasi di kawasan itu dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Raub pada 4 petang untuk tindakan lanjut.

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dalam kenyataannya, berkata mereka didapati memasuki hutan simpan kekal itu tanpa izin dan melakukan provokasi melampau terhadap kakitangan jabatan itu yang menjalankan operasi penguatkuasaan membersihkan ladang haram berkeluasan 101 hektar berkenaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.