nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Agong perkenan DUN Selangor bersidang 23 Ogos depan

9 JULAI: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan membenarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bersidang mulai 23 Ogos hingga 6 September depan.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pembukaan semula DUN Selangor menerusi warkah baginda kepada kerajaan negeri bertarikh 6 Julai 2021.  

Amirudin berkata Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah juga telah memberi perkenan baginda bagi tujuan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Selangor Ke-14 Tahun 2021.

“Sultan Selangor telah berkenan untuk berangkat dan mencemar duli bagi merasmikan Istiadat Pembukaan Dewan Negeri Selangor Darul Ehsan pada Isnin, 23 Ogos depan.

“Kerajaan negeri Selangor menjunjung kasih di atas perkenan Seri Paduka dan Sultan Selangor yang sentiasa prihatin terhadap kebebasan amalan demokrasi di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amirudin berkata selepas istiadat pembukaan, DUN kemudian akan mula bersidang selama lapan hari, iaitu 24 hingga 27 Ogos; 30 Ogos, 1  hingga 3 September serta 6 September depan.

Katanya lagi, sidang dewan kali ini adalah mengikut format sidang biasa yang mempunyai sesi soal jawab dan perbahasan dan bukan sekadar sidang khas.

“Sidang DUN kali ini akan dijalankan dengan kawalan tatacara pengendalian piawai dan memfokuskan kepada segala usaha kerajaan negeri menangani penularan wabak COVID-19, serta mendapatkan maklum balas dan cadangan Ahli Dewan Negeri Selangor sesuai dengan peranan bidang legislatif sebagai sistem semak imbang kepada bidang eksekutif.

“Ini juga selaras dengan aspirasi rakyat agar setiap keputusan kerajaan negeri dibuat secara bertanggungjawab dan berhemah serta pada masa yang sama mempertingkatkan usaha mendepani wabak COVID-19 di Selangor,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.