nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dasar Keselamatan Negara tangani 66 isu ancaman keselamatan

12 JULAI: Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan melancarkan Dasar Keselamatan Negara (DKN) bagi menangani  66 isu, cabaran dan ancaman baharu kepada keselamatan negara.

Pemangku Ketua Pengarah MKN, Datuk Rodzi Md Saad, berkata ancaman berkenaan merangkumi pelbagai perkara, termasuklah aspek ketenteraan, jenayah, ekonomi, sosial, kestabilan politik dan hal ehwal antarabangsa.

Beliau berkata, antara ancaman keselamatan yang amat membimbangkan adalah pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pelarian, selain isu keselamatan siber dan perpaduan rakyat Malaysia.

“Antara ancaman yang kita sangat bimbang ialah bagaimana negara menjadi tumpuan kemasukan PATI, termasuk pelarian seperti Rohingya yang boleh menceroboh masuk sempadan negara.

“Apabila berlaku kebanjiran PATI, tentu rakyat akan rasa tak selesa dan selamat di negara sendiri, selain mereka boleh mengambil hak kita sebagai rakyat Malaysia.

“Antara perkara yang sangat kita bimbang ialah apabila mereka mula menguasai perniagaan tertentu, dan perkara ini sedang diteliti kerajaan secara komprehensif,” katanya pada sidang media taklimat sambutan ulang tahun ke-50 MKN secara maya, hari ini.

Datuk Rodzi Md Saad

Mengulas lanjut, Rodzi berkata, antara langkah awal yang dilakukan kerajaan bagi mengatasi pencerobohan sempadan ketika ini adalah melaksanakan Operasi Benteng (Op Benteng) yang dilihat berjaya mengurangkan kemasukan PATI dan penyeludupan dengan signifikan.

Tambahnya, ancaman lain yang dikenal pasti adalah membabitkan keselamatan siber selaras Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), yang memiliki impak kepada tadbir urus kerajaan, ekonomi dan sosial.

“Kita lihat pemikiran rakyat sesebuah negara begitu mudah dibentuk melalui penggunaan teknologi, selain ancaman penipuan dalam talian dan seumpamanya,” katanya.

Dalam pada itu, Rodzi berkata, negara juga berdepan cabaran membentuk perpaduan rakyat berteraskan semangat mempertahankan negara, selain ancaman penyebaran berita palsu yang membentuk persepsi salah erhadap isu tertentu.

Mengulas mengenai ulang tahun MKN, Rodzi berkata, Dasar Keselamatan Negara yang baharu akan dilancarkan pada sambutan berkenaan.

Beliau berkata, dasar yang akan dilaksana dengan fasa pertama mulai 2021 hingga 2025 itu amat komprehensif merentas setiap peringkat pentadbiran dan bersifat inklusif menjangkaui segenap aspek kehidupan rakyat.

“Objektif dasar ini adalah untuk memastikan Malaysia kekal berdaulat, aman dan sejahtera,” katanya.

Pada sambutan itu juga, beliau berkata MKN akan melancarkan konsep Keselamatan Menyeluruh (COMSEC) yang menekankan bahawa keselamatan negara bukan dari aspek ketenteraan atau kepolisian semata-mata, sebaliknya kemakmuran ekonomi, keharmonian sosial dan kestabilan politik.

“Kita akan memperkenalkan juga produk terbaharu iaitu Pusat Strategi Keselamatan Negara (NASTRAC) iaitu pusat pemikiran dan perancangan strategik mengenai dasar keselamatan negara dalam mendepani cabaran pada masa hadapan.

“Kita berharap NASTRAC akan melahirkan pemikir yang hebat mengenai keselamatan negara,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, MKN akan memperkenalkan Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK) yang menjadi penanda aras keberkesanan dasar, strategi dan pelaksanaan pengurusan keselamatan secara menyeluruh, telus dan berintegriti.

“IKK akan menjadi petunjuk yang sangat penting serta rujukan kepada semua pihak,” katanya.

MKN akan menyambut ulang tahun jubli emasnya pada 31 Julai ini selepas diwujudkan sejak 50 tahun lalu iaitu pada 31 Julai 1971.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.