nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pekerja kilang di Selangor wajib disaring dua kali seminggu

12 JULAI: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menetapkan syarat buat semua pekerja sektor perkilangan dan pembuatan di mana mereka diwajibkan menjalani ujian saringan RTK Antigen sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu bermula 7 Julai lalu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pihaknya berbuat demikian bagi memperketatkan lagi syarat kebenaran pengoperasian kilang di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor.

Beliau berkata langkah berkenaan dilihat mampu untuk mengenal pasti kes jangkitan COVID-19 dengan lebih awal, selain dapat memastikan hanya pekerja yang disahkan negatif dibenarkan untuk ke tempat kerja.

“Pihak majikan perlu memberikan kerjasama dan tanggungjawab bagi menanggung sepenuhnya kos saringan tersebut. Saya menyeru buat semua majikan agar tidak mengambil kesempatan di atas peluang yang telah diberikan oleh pihak kementerian.

Datuk Seri Azmin Ali

“Perkara ini amat dikesali kerana ramai yang tidak patuh dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) serta memandang ringan tentang perkara ini.

“Apa yang pasti, langkah penjagaan SOP yang ketat perlu seiring dengan tindakan secara praktikal bagi membendung penularan jangkitan COVID-19 dari terus merebak terutama di tempat kerja,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya di sini hari ini.

Difahamkan kenyataan berkenaan dikeluarkan susulan kecaman hebat diterima MITI dan kerajaan negeri berikutan peningkatan kes COVID-19 yang naik mendadak di Selangor sejak kebelakangan ini yang dikaitkan dengan kluster tempat kerja khususnya kilang pembuatan dan tapak pembinaan.

Berikutan itu, ramai pihak menggesa kerajaan terutama MITI dan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya mengeluarkan arahan penutupan sementara kilang dan tapak pembinaan yang terletak di kawasan Zon Merah penularan COVID-19 dan PKPD bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak berkenaan dalam kalangan komuniti setempat.

Orang ramai juga menggesa kerajaan mempercepatkan proses vaksinasi kepada golongan berisiko terutama pekerja kilang di Selangor bagi mengurang risiko penularan wabak di negeri ini.

Tindakan itu dilihat perlu Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 9,105 kes baharu positif harian COVID-19 dilaporkan berlaku di seluruh negara, semalam dengan Selangor kekal sebagai negeri mencatatkan kes harian tertinggi dengan 4,682 kes. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.