nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan Selangor, Dzulkefli Gagal Bendung Wabak COVID-19

13 JULAI : Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyifatkan Pasukan Khas COVID-19 Selangor yang dipengerusikan oleh Bekas Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad gagal dalam usaha menangani peningkatan kes jangkitan COVID-19 di negeri itu.

Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa berkata, ini kerana kes positif COVID-19 di Selangor terus mencatatkan jumlah tinggi setiap hari menjadikan negeri itu sebagai tertinggi merekodkan kes wabak tersebut.

Dalam masa masa, beliau juga mendapati sehingga kini masih tiada langkah dan cadangan yang berkesan daripada jawatankuasa itu kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membantu mengurangkan penularan virus itu di kalangan warga Selangor.

“Umum telah mengetahui dan telah mengenalpasti bahawa punca utama jangkitan virus ini adalah daripada sektor perkilangan yang masih lagi dibenarkan beroperasi. Laporan media juga mendedahkan 60 peratus adalah kes positif daripada kluster tempat kerja kilang.

“Sepatutnya langkah berkesan segera dicadangkan oleh kerajaan negeri Selangor dan tidak hanya membiarkan dan menunggu arahan dan keputusan daripada MKN seolah-olah di Selangor macam tak ada kerajaan, hanya berdiam diri menunggu sahaja arahan daripada MKN,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah, Mohd Zai Mustapha.

Baru-baru ini, walaupun Selangor mencatatkan kes harian COVID-19 tertinggi setiap hari, namun Dzulkefly tetap cuba menegakkan benang yang basah dengan mendakwa tahap pengurusan COVID-19 di negeri itu berada ditahap terbaik.

Justeru, Mohd Zai menegaskan bahawa sewajarnya Kerajaan Negeri Selangor lebih proaktif menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat kerana memberi kesan kepada angka positif COVID-19 kebangsaan.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri mempuyai Akta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mempunyai kuasa dibawah Seksyen 102 (s) iaitu boleh menggantung operasi kilang yang memudharatkan. 

“Kerajaan Selangor bahkan boleh mencadangkan peruntukkan itu kepada MKN memandangkan situasi di negeri sangat kritikal yang dikhuatiri boleh membawa jangkitan ke negeri lain sekiranya terdapat sebarang rentas daerah dan negeri sebagaima yang dilakukan oleh pemimpin DAP, Roonie Liu ketika berada di Raub, Pahang.

“Memang tidak boleh dinafikan Selangor penyumbang tertinggi, jumlah pesakit COVID-19 namun ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan dengan mengaitkan angka yang tinggi tersebut dengan kegagalan kerajaan persekutuan. Siapa yang gagal, Selangor atau Kerajaan Persekutuan?” soalnya.

Sementara itu, beliau turut menyokong saranan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mempersoalkan mengapa kerajaan negeri Selangor tidak menggunakan undang-undang PBT itu untuk menutup operasi kilang di negeri itu.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan Selangor mengenal pasti langkah drastik dan jika perlu menggunakan kuasa dibawah undang-undang PBT bagi menutup operasi kilang dikawasan yang tinggi kes jangkitan

“Sampai bila pun kalau kilang ini masih beroperasi, kadar jangkitan tidak dapat dikurangkan.Tindakan ini demi membantu pihak KKM dan pelbagai pihak yang sedang bertungkus lumus menangani masalah COVID-19. 

“Kos yang besar ditanggung oleh kerajaan persekutuan untuk menjaga keselamatan negeri Selangor sedangkan punca yang sebenar tidak di tutup. UMMAH berharap kerajaan negeri Selangor segera bangun daripada tidur,” katanya.

Semalam, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mempersoalkan tindakan Kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, tidak mengambil tindakan ke atas kilang-kilang yang masih beroperasi di negeri itu. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.