nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Model baharu operasi TH elak pemusatan kuasa berlebihan

18 JULAI: Pelaksanaan model baharu operasi mampu mengelakkan pemusatan kuasa yang terlalu besar ke atas individu atau pihak yang mengawal selia Lembaga Tabung Haji (TH) sehingga mengundang isu ketidakcekapan tadbir urus institusi kewangan Islam berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri, berkata TH diberi amanah untuk menjaga wang lebih 8.3 juta pendeposit, justeru operasinya perlu dilaksana secara jujur, amanah dan berintegriti.

Berikutan itu, Zulkifli berkata institusi kewangan terbesar umat Islam berkenaan memerlukan kawal selia daripada badan yang mempunyai kepakaran seperti Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memastikan TH kekal pada landasan sebenar.

“Pelaksanaan model baharu operasi TH ini untuk menambah baik tadbir urus dan model perniagaan, malah ia akan diteliti secara bersama oleh Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, BNM dan TH.

“Ini bagi memastikan TH sentiasa mapan dalam menguruskan ibadah haji umat Islam di Malaysia, di samping melaksanakan perniagaan dan pelaburan bagi memberikan potensi pulangan yang baik untuk pendeposit sekali gus menjana ekonomi umat Islam.

“Bagaimanapun, kuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ke atas TH, selaras peruntukan Seksyen 10 Akta Tabung Haji 1995 akan terus kekal terutama dari segi operasi dan penyelarasan Jemaah Haji.

Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) juga akan terus kekal sebagai menteri bertanggungjawab bagi TH bagi memastikan hak umat Islam dan bakal jemaah haji terpelihara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan berasingan berkata, keputusan meletakkan TH di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) bertujuan menambah baik pengurusan dan operasinya secara menyeluruh.

Tengku Zafrul berkata langkah berkenaan sebagai melindungi kepentingan pendeposit dan memperkasakan kedudukan kewangan TH dalam memenuhi mandatnya selaras dengan amalan standard tadbir urus baik yang ditetapkan Konvensyen PBB Memerangi Korupsi (UNCAC).

Beliau berkata, TH adalah institusi kewangan yang disifatkan sistemik dan saling berhubung rapat dengan sistem kewangan negara berikutan skala operasinya yang besar (dari segi saiz deposit dan pelaburan).

“TH mengurus sejumlah hampir RM82 bilion deposit pada suku kedua tahun ini, merangkumi 10 peratus daripada jumlah deposit sistem perbankan Islam. Sebahagian daripada deposit yang diterima ini diletakkan di institusi perbankan Islam. Pengeluaran deposit secara mendadak berupaya mencetuskan masalah kecairan bagi institusi perbankan Islam berkenaan.

“TH memegang sebanyak RM36 bilion sukuk korporat, mempunyai aset saham besar dalam bentuk pelaburan strategik di pelbagai syarikat korporat termasuk yang disenaraikan di Bursa Malaysia selain merupakan pemegang saham terbesar Bank Islam Malaysia Berhad,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tengku Zafrul berkata, bagi meningkatkan kemapanan TH dalam jangka masa panjang, cadangan aturan pengawalseliaan yang lebih formal di bawah BNM akan meletakkan TH sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang ditetapkan di bawah Seksyen 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759].

Get real time updates directly on you device, subscribe now.