nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dakwaan Disuntik Vaksin Kosong di Bangi Tidak Benar

21 JULAI: Dakwaan seorang lelaki disuntik menggunakan picagari kosong ketika mendapatkan suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC), Bandar Baru Bangi, pada Sabtu lalu adalah tidak benar. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, dakwaan berkenaan hanya salah faham dan individu itu telah disuntik dengan vaksin Sinovac.

Beliau berkata, siasatan mendapati individu berkenaan telah dihubungi oleh petugas di PPV tersebut dan diberi penerangan dengan jelas berhubung prosedur pengambilan vaksin dan individu berkenaan berpuas hati dengan penerangan diberikan.

“Tiada laporan polis dibuat oleh penerima vaksin itu atau mana-mana individu berkaitan dakwaan hampir ditipu ketika menerima suntikan vaksin di PPV berkenaan,” katanya menerusi kenyataan, semalam. 

Dalam pada itu, Mohd Zaid memaklumkan laporan polis hanya dibuat pihak BACC semalam untuk menjelaskan dan menafikan dakwaan individu berkenaan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan siasatan mendapati ciapan di ruangan komen Twitter itu dibuat oleh teman wanita penerima vaksin itu yang menyebabkan ia tular dan mendapat pandangan negatif daripada masyarakat, “katanya. 

Sementara itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam mengeluarkan apa-apa kenyataan ataupun ciapan yang belum dipastikan kebenarannya terutama bagi isu-isu sensitif seperti pemberian vaksin.

Dalam kes berasingan, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata, pihaknya telah memanggil petugas kesihatan dan saksi berkaitan untuk dirakam keterangan berhubung dakwaan individu disuntik dengan picagari kosong di PPV Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Sabtu lepas.

“Pihak kami ada menerima laporan dan petugas atau individu yang terlibat telah dipanggil untuk membantu siasatan,” katanya. 

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam kenyataan semalam memaklumkan pihaknya sedang menyiasat dakwaan mengenai beberapa individu disuntik dengan picagari kosong di pusat pemberian vaksin (PPV) COVID-19 di Kedah, Kuala Lumpur dan Selangor, yang tular di media sosial baru-baru ini

Get real time updates directly on you device, subscribe now.