nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MOF beri jaminan kawal selia TH hanya sementara

22 JULAI: Kementerian Kewangan (MOF) memberikan jaminan bahawa pengawalseliaan Lembaga Tabung Haji (TH) di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) adalah satu penyelesaian sementara dan tidak akan mengubah sifat asal institusi berkenaan khususnya berkaitan pengurusan jemaah haji.

MOF dalam satu kenyataan menegaskan, TH  tetap kekal melaksanakan fungsi Lembaga Tabung Haji sebagaimana termaktub mengikut Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

Katanya, hal ehwal pengurusan haji juga masih kekal di bawah tanggungjawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

“Daripada sudut TH pula, Lembaga Pengarah dan badan pengurusannya tetap mempunyai tanggungjawab utama dalam menentukan hala tuju institusi berkenaan serta pengurusan dan operasi haji.

“Usaha kawal selia TH daripada sudut pengambilan deposit serta pengurusan risiko dan kecairan oleh BNM itu adalah satu penyelesaian sementara yang akan dilaksanakan sehingga dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dibentangkan untuk pertimbangan kerajaan selanjutnya,” kata MOF dalam satu kenyataan hari ini.

MOF berkata susulan kerajaan juga menjamin wang simpanan pendeposit milik bakal jemaah haji dan orang ramai dalam TH mengikut Akta 535.

Katanya, simpanan pendeposit berkenaan wajar dikawal selia dengan lebih baik bagi memastikan bakal jemaah haji dapat mengerjakan rukun Islam kelima dan TH dapat terus menjana pendapatan dari pelaburan yang patuh syariah.

“Penambahbaikan kawal selia TH adalah selaras dengan hasrat kerajaan supaya TH kembali kepada mandat asal penubuhannya iaitu menguruskan simpanan pendeposit untuk tujuan menunaikan haji, di samping simpanan untuk pelaburan,” katanya.

TH adalah sebuah institusi kewangan yang dianggap penting kepada sistem kewangan Malaysia berikutan jumlah depositnya yang kini mencecah RM82 bilion dan salinghubung yang rapat dengan sistem kewangan terutamanya sebagai pemegang saham terbesar Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam).

Mengulas lanjut, MOF berkata penetapan kawal selia di bawah BNM yang masih berlandaskan konsep syariah akan memantapkan tadbir urus dan memastikan tiada penyalahgunaan dana yang boleh memaksa kerajaan menggantikan wang pendeposit disebabkan jaminan kerajaan.

“Sebagai sebuah institusi yang berkait rapat dengan sistem kewangan negara (dan tentunya mempunyai kepentingan sistemik), kerajaan perlu memastikan supaya kedudukan kewangan TH terus diperbaiki dan diperkukuh,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, deposit mencecah RM82 bilion itu (10 peratus daripada jumlah deposit sistem perbankan Islam negara) perlu ditadbir dengan baik berteraskan konsep semak dan imbang kerana sebahagian daripada deposit yang diterima ini diletakkan di institusi perbankan Islam.

“Pengeluaran deposit secara mendadak berupaya mencetuskan masalah kecairan bagi institusi perbankan Islam dan pergolakan ke atas sistem kewangan Islam Malaysia.

“Kementerian Kewangan juga sedia maklum akan perbezaan mandat dan peranan TH berbanding institusi perbankan yang lain.

“Justeru, Kementerian Kewangan ingin menegaskan skop pengawalseliaan BNM pada waktu ini sementara menunggu selesainya RCI adalah tertumpu hanya kepada pengambilan deposit serta pengurusan risiko dan kecairan dengan rangka kerja pengawalseliaan yang berbeza dari peraturan am yang dipatuhi oleh institusi perbankan lain,” katanya.

Katanya, BNM mempunyai Majlis Penasihat Syariah 1 yang dianggotai cendekiawan syariah dan individu yang berpengetahuan, berpengalaman dan turut diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Jadinya, persepsi berhubung konsep riba bagi meraih pulangan yang terbaik dari pelbagai pelaburan untuk manfaat pendeposit tidak akan timbul sama sekali.

“Semua usaha ini adalah bertujuan untuk terus melindungi hak pendeposit dan memastikan segala pelaburan yang dibuat TH adalah berlandaskan prinsip syariah,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.