nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perpaduan, ketepikan perbezaan mampu hidupkan Harimau Asia

18 APR : Perpaduan yang terus diperkukuh dan mengetepikan perbezaan rakyat mampu ‘menghidupkan’ ‘Harimau Asia’ buat Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kekuatan sesebuah negara tidak sekadar bergantung semata-mata kepada dasar ekonomi.

Katanya, ia juga membabitkan perpaduan rakyat dalam mendepani isu seperti kenaikan harga minyak dunia yang memberi kesan langsung kepada kos sara hidup.

“Kita bersama-sama menghadapi cabaran yang sedang kita hadapi sekarang ini. Kita bersama-sama untuk bukan sahaja berdoa tetapi berusaha menghadapi apa jua masalah dari segi kenaikan harga minyak yang menyebabkan kenaikan harga barangan dan akhirnya akan menyebabkan kos sara hidup meningkat.

“Saya yakin Malaysia akan menjadi ‘Harimau Asia’ dalam ekonomi semula apabila kita bersatu hati menghadapi kesusahan ini. Ketepikanlah perbezaan agama dalam kalangan kita, apatah lagi perbezaan politik, perbezaan kepentingan…sama-sama kita membantu kerajaan supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada sambutan Hari Vaisakhi di Gurdwara Sahib Guru Nanak, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata agama bukan penghalang kepada saling membantu dalam kalangan rakyat.

“Kita lihat sendiri bagaimana gurdwara ini telah membantu mangsa banjir ketika rakyat memerlukan bantuan dan ini tidak hanya diberikan kepada mangsa-mangsa keturunan Sikh, Melayu, Cina, India dan apa sahaja bangsa yang menjadi mangsa dibantu oleh gurdwara di Shah Alam.

“Ini adalah satu isyarat, satu bahasa badan yang baik dan kita mesti ikut…bukan sahaja kerja-kerja yang baik ini tetapi ia diperlihatkan bukan hanya dengan ucapan, bukan hanya dengan tulisan tetapi dengan perbuatan ikhlas penganut-penganut Sikh di Shah Alam, di Selangor dan di seluruh Malaysia,” katanya.

Justeru itu katanya, rakyat perlu memupuk sikap saling hormat bagi memastikan keharmonian dan kestabilan negara sentiasa terpelihara.

“Malaysia adalah sebuah (negara) masyarakat majmuk dan kita mesti menghormati semua agama. Untuk agama kita dihormati, kita juga perlu menghormati agama lain,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.