nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kelonggaran SOP penerima dos lengkap diumum tidak lama lagi

23 JULAI: Kerajaan akan memberi kelonggaran kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19 dengan mengambil kira beberapa kriteria termasuk lokasi yang sudah mencapai 30 hingga 40 peratus kadar vaksinasi dan sektor tertentu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) sudah membentangkan beberapa kriteria kepada Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengenai kemudahan atau kelonggaran yang boleh diberikan kepada individu yang sudah lengkap dos vaksin COVID-19.

“Setakat ini, secara keseluruhannya, 21 peratus rakyat di negara ini sudah divaksinasi dan kita sudah melepasi nilai ambang 10 peratus untuk bergerak dari fasa satu ke fasa dua kawalan pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Bagi memasuki fasa tiga, kita perlu sekurang-kurangnya 40 peratus penduduk divaksinasi, bagaimanapun ada sesetengah tempat sudah capai lebih daripada jumlah berkenaan. Pengumuman berkenaan akan dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lama lagi,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.

Datuk Seri Dr Adham Baba

Sementara itu, Ketua Setiausaha KKM Datuk Mohd Shafiq Abdullah, berkata beliau percaya tawaran baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi harapan dan semangat kepada pegawai perubatan kontrak untuk meneruskan perkhidmatan mereka.

Mohd Shafiq berkata sejak 2014 hingga tahun lalu, kira-kira 600 pegawai perubatan kontrak yang meletakkan jawatan dan ia bukan satu trend yang tinggi serta membimbangkan.

“Pegawai yang letak jawatan ini atas pelbagai sebab dan kita berpandangan mereka akan sentiasa setia dalam perkhidmatan apatah lagi dalam keadaan pandemik COVID-19 ketika ini.

“Tawaran baharu diumumkan oleh PM itu memberi harapan untuk KKM meneliti semula isu mengenai perjawatan tetap dan perkara lain yang berkaitan.

Beliau mengulas laporan media mengenai ramai pegawai perubatan meletakkan jawatan 24 jam kerana tertekan dan terbeban untuk merawat pesakit COVID-19.

Sebelum ini, Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, kerajaan bersetuju pelantikan secara kontrak membabitkan kumpulan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi diuruskan mengikut kesetaraan kerjaya.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat selepas Kabinet memahami kebimbangan dan masalah dihadapi kumpulan perjawatan berkenaan berhubung kesetaraan laluan kerjaya mereka.

“Bagi memastikan laluan kerjaya yang setara dan adil, Kabinet bersetuju pelantikan secara kontrak diuruskan mengikut kesetaraan kerjaya pegawai tetap dan ditawarkan Cuti Belajar Bergaji penuh serta tajaan pengajian yang setara dengan Cuti Belajar Bergaji Penuh dan Hadiah Latihan Persekutuan.

“Antara persetujuan lain turut dicapai adalah menambah baik kemudahan atau faedah ditawarkan kepada pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak seperti Cuti Tugas Khas Perubatan, Cuti Tibi serta kemudahan tambang mengunjungi wilayah asal,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.