nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kontrak Pegawai Perubatan, Pergigian Disambung

23 JULAI: Kerajaan mengumumkan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak ditawarkan pelantikan secara kontrak bagi tempoh dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib. 

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memaklumkan perkara itu dilaksana bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan persediaan untuk mengikuti pengajian kepakaran.

Beliau berkata, keputusan yang dipersetujui Kabinet itu sebagai langkah penyelesaian segera termasuk melanjutkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh maksimum empat tahun di samping memastikan pegawai-pegawai berkenaan berjaya melengkapkan pengajian kepakaran masing-masing.

“Kementerian Kesihatan (KKM) membentangkan satu kertas cadangan kepada Mesyuarat Kabinet pada 14 Julai lalu berhubung penambahbaikan kumpulan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak.

MUHYIDDIN

“Kerajaan amat memahami tuntutan kumpulan petugas kesihatan berstatus kontrak ini dan sedar bahawa sumbangan dan peranan mereka sebagai barisan hadapan adalah amat penting dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat terutamanya dalam situasi pandemik COVID-19.

“Bagi memastikan perkara ini diberikan perhatian penuh dan ditangani secara menyeluruh serta lebih berkesan, saya telah mengarahkan KKM dan kementerian serta agensi yang berkaitan merangka sebuah pelan komprehensif dan inklusif merangkumi tindakan segera, pelan jangka pendek sederhana dan pelan jangka panjang,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, sekumpulan doktor kontrak yang berkhidmat dengan kerajaan mahu meneruskan rancangan mereka untuk mengadakan hartal pada 26 Julai ini selepas Putrajaya belum menyatakan sebarang tawaran bagi mengatasi masalah dihadapi mereka.

Sejak 2016, seramai 786 pegawai perubatan saja dilantik secara tetap, manakala selebihnya berkhidmat secara kontrak

Dalam pada itu, Muhyiddin memaklumkan, Kabinet turut memahami kebimbangan dan masalah yang dihadapi kumpulan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak berhubung kesetaraan laluan kerjaya mereka. 

Justeru, bagi memastikan laluan kerjaya setara dan adil, Perdana Menteri mengesahkan bahawa Kabinet bersetuju agar pelantikan secara kontrak diuruskan mengikut kesetaraan kerjaya pegawai tetap dan ditawarkan Cuti Belajar Bergaji Penuh serta tajaan pengajian setara dengan cuti belajar bergaji penuh dan Hadiah Latihan Persekutuan.

“Antara persetujuan lain yang turut dicapai adalah menambah baik kemudahan atau faedah yang ditawarkan kepada pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak seperti Cuti Tugas Khas Perubatan, Cuti Tibi dan kemudahan tambang mengunjungi wilayah asal.

“Keputusan-keputusan ini juga akan memberi ruang kepada kerajaan memuktamadkan kajian reformasi sistem kesihatan yang sedang dilaksanakan, meneliti ketetapan sedia ada dalam Akta Perubatan 1971 dan merangka hala tuju jangka panjang bagi perkhidmatan perubatan.

“Kerajaaan amat menghargai sumbangan para doktor sebagai barisan hadapan dalam berhadapan perang COVID-19 dan kerajaan terus komited memastikan kebajikan dan laluan kerjaya pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak diberikan perhatian sewajarnya serta bersifat adil,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.