nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tandas rumah pegawai kanan trafik Russia disyaki makan rasuah dihiasi emas

27 JULAI : Pihak berkuasa Russia yang menyerbu rumah seorang pegawai kanan trafik Russia yang disyaki menerima rasuah terkejut apabila melihat rumah agam pegawai tersebut dihiasi emas termasuk di dalam tandas.

Rumah milik  Kolonel Polis Alexei Safonov itu diserbu oleh Jawatankuasa Penyiasat Rusia di wilayah selatan Stavropol.

Safonov yang juga disyaki mengetuai kumpulan penjenayah ditangkap bersama enam individu lain atas tuduhan rasuah.

Dia dipercayai mengetuai kumpulan penjenayah yang mengeluarkan permit kepada pembawa kargo gandum sebagai pertukaran wang.

Permit itu dipercayai membolehkan pembawa kargo mengetepikan undang-undang wilayah, termasuk ketika melalui pemeriksaan polis.

Seorang ahli politik berpengalaman dalam salah satu parti politik terbesar Alexander Khinshteyn, memberitahu lebih daripada 35 pegawai polis trafik ditahan dalam operasi besar-besaran.

Sebanyak 80 premis diserbu dalam serbuan yang menjadi sebahagian kaedah siasatan di mana Pihak berkuasa turut merampas sejumlah besar wang tunai, kereta mewah dan dokumen.

Jawatankuasa Penyiasat Rusia yang setanding dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat (AS) memaklumkan kumpulan itu menerima rasuah bernilai 19 juta rubel (kira-kira RM1.09 juta).

Antara ahli kumpulan itu yang ditangkap adalah bekas pegawai trafik kanan, pemeriksa lalu lintas dan empat orang awam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.