nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rapid Rail diarah beri laporan penuh, pintu Tren Terbuka

28 JULAI: Kementerian Pengangkutan (MOT) memberi tempoh sehingga 2 Ogos ini kepada Pengendali Transit Aliran Ringan (LRT), Rapid Rail mengemukakan laporan siasatan awal berhubung insiden pintu tren yang terbuka sendiri ketika membawa penumpang.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, syarikat berkenaan juga perlu mengemukakan laporan siasatan penuh berserta semua dokumen sokongan dalam masa 21 hari iaitu pada 16 Ogos.

Menurut beliau, pihaknya turut mengesahkan walaupun terdapat tujuh penumpang ketika kemalangan berlaku namun tiada kecederaan dilaporkan.

“Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengambil tindakan serta-merta dengan membuat siasatan dan telah mengarahkan pihak Rapid Rail selaku operator untuk membuat siasatan rapi mengenai insiden tersebut. 

KA SIONG

“Ini termasuk memberi laporan Rekod Penyelenggaraan Tren 44 sebelum berlakunya insiden tersebut dengan kadar segera kepada pihak APAD. 

“Seterusnya tindakan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang dilaksanakan bagi memastikan insiden yang sama tidak berulang terhadap mana-mana perkhidmatan kereta api di bawah seliaan mereka,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Ka Siong memaklumkan siasatan awal mendapati ianya berpunca dari sistem Door Close Confirmation Unit (DCCU) yang gagal berfungsi secara normal.

Namun, beliau menegaskan ia adalah terlalu awal untuk menyatakan bahawa punca sebenar adalah disebabkan kegagalan DCCU tersebut kerana berkaitan juga dengan penyelenggaraan dan juga prosedur operasi standard (SOP) pengendalian tren ketika menghadapi masalah teknikal.

“Tindakan selanjutnya ke atas pengendali berlesen perkhidmatan kereta api tersebut akan diputuskan setelah laporan lengkap dan maklumat penuh mengenai insiden tersebut diperoleh.

“Pihak APAD juga akan membuka kertas siasatan bagi kes ini dan ia akan disiasat di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715), di mana menerusi akta itu, aspek keselamatan merupakan suatu keutamaan dan syarat di bawah lesen pengendali perkhidmatan kereta api,” katanya.

Justeru, beliau menegaskan semua pengendali pengangkutan awam darat serta mana-mana orang yang terlibat di dalam perkhidmatan kereta api hendaklah menitikberatkan aspek keselamatan dalam pengendalian perkhidmatan masing-masing.

“MOT dan APAD berasa kesal dengan insiden ini dan tidak akan bertoleransi terhadap sebarang elemen kecuaian dan menegaskan bahawa mana-mana pihak yang gagal mematuhi aspek keselamatan boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang sedia ada,” katanya.

Pada Isnin lalu, pintu-pintu tren LRT Tr44 laluan Kelana Jaya terbuka dengan sendiri ketika beroperasi pada 26 Julai lalu namun, tiada kecederaan dilaporkan. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.