nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Vaksin CanSino keutamaan buat Sabah

28 JULAI: Prihatin dengan masalah dan kesukaran dihadapi penduduk di pedalaman Sabah untuk berulang-alik ke pusat pemberian vaksin, kerajaan memutuskan bahawa rakyat di negeri berkenaan akan diberikan keutamaan untuk mendapat suntikan vaksin dos tunggal CanSino apabila bekalannya tiba di Malaysia, tidak lama lagi.

Berikutan itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, memberi jaminan bahawa rakyat Sabah akan diberikan keutamaan untuk mendapat vaksin tersebut.

“Saya beri jaminan bahawa Sabah akan diberikan keutamaan untuk mendapatkan suntikan vaksin CanSino yang akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.

“Ini penting kerana sekarang kerajaan mahu memastikan semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas mendapat sekurang-kurang satu dos vaksin COVID-19,” katanya pada sesi penggulungan sidang khas Dewan Rakyat hari ini.

KHAIRY

Bagaimanapun, Khairy berkata kerajaan tidak boleh memberi jaminan mengenai berapa lama keberkesanan setiap jenis vaksin dalam mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 dalam kalangan penerimanya.

“Apa yang kita tidak tahu sekarang adalah sejauh mana keberkesanan vaksin dapat bertahan dan kita tidak tahu sebab kita belum ada data dari negara lain. Kita kena ingat, kebanyakan negara baru menggunakan vaksin pada Januari. Baru tujuh bulan.

“(Vaksin) Johnson & Johnson contohnya (diberi satu dos), mungkin kurang dari enam bulan. Sudah tentu (ada vaksin) kita akan bagi dahulu satu dos di kawasan pedalaman. Kalau kita nampak selepas enam bulan antibodi menurun, kita bagi keperluan untuk dos kedua di kawasan pedalaman,” katanya.

Dalam pada itu, Khariy menjelaskan vaksin Sinovac tidak dikeluarkan daripada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), sebaliknya perolehan vaksin itu oleh kerajaan sudah pun selesai.

Berikutan itu Khairy berkata orang ramai boleh pada bila-bila masa memperoleh Sinovac untuk pelalian.

“Untuk makluman, ada sesetengah orang yang tidak boleh menerima vaksin Pfizer kerana masalah alahan atau anafilaksis.

“Kerajaan akan kekalkan sedikit stok penimbal (Sinovac) untuk beri kepada mereka yang tidak boleh menerima vaksin Pfizer,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.