nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Walaupun ada imuniti, MP perlu patuh SOP

28 JULAI: Ahli-Ahli Parlimen hanya mempunyai imuniti apa yang diperkatakan serta dibahaskan di dalam Dewan Mesyuarat sahaja, tegas Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Justeru, beliau mengesyorkan agar semua wakil rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tidak mempertikaikan penguatkuasa yang melaksanakan pemantauan di kawasan Parlimen.

“Sebenarnya kita sebagai Ahli-Ahli Parlimen perlu memberi contoh kepada rakyat di luar sana. Sekarang ini dah ada orang kategorikan komuniti kayangan dan komuniti bukan kayangan. Jadi, sebenarnya amatlah penting bagi kita semua memenuhi semua SOP yang dikenakan secara ketat.

“Kita pun (kawasan Parlimen) masih dalam Fasa 1 (Pelan Pemulihan Negara) di mana mesyuarat secara fizikal pun tak boleh sebenarnya. Jadi walaupun kita bebas tetapi kita perlu berikan gambaran yang baik kepada seluruh rakyat bahawa semua peraturan boleh dipatuhi oleh kita,” katanya sebelum menamatkan persidangan khas Dewan Rakyat sesi pagi, hari ini.

NOH OMAR

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen BN Tanjung Karang, Tan Seri Noh Omar yang inginkan penjelasan daripada Azhar kerana difahamkan kawasan parlimen merupakan konsep imuniti yang tidak boleh membenarkan pihak penguatkuasa mengeluarkan kompaun di kawasan Parlimen seperti yang dikenakan oleh Ahli Parlimen BN Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, semalam.

Terdahulu, Noh ketika membahaskan Program Vaksinasi, beliau mengharapkan agar berlakunya kerjasama erat di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor dalam memerangi wabak COVID-19 khususnya kadar vaksinasi di negeri itu yang dilihat masih rendah di kawasan yang memerlukan.

Beliau turut menyeru agar Kerajaan Selangor dan persekutuan mengetepikan perihal politik demi membanteras wabak tersebut dan jika itu tidak berlaku, rakyat yang menjadi mangsanya.

“Apa masalah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor. Adakah kerana kerajaan negeri Selangor ini kerajaan Pakatan Harapan (PH). Nak minta kalau soal COVID-19, jangan fikir parti, ketepikan fahaman politik kerana COVID-19 ini tak kenal dia orang UMNO ke, PH ke, PKR ke..dia (virus COVID-19) tak kenal, semua akan kena.

“Saya tak tahu mengapa Selangor timbul masalah..adakah kerana kerajaan Negeri ada perancangan sendiri. Kita di peringkat Federal ada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), di Selangor ada Program Vaksin Selangor (SelVax)..di persekutuan ada MySejahtera, Di Selangor ada Selangkah.

“Adakah kerajaan Negeri Selangor nak memandai-mandai, cuba nak lebih hebat daripada kerajaan persekutuan (tetapi) akhirnya rakyat menjadi mangsa. Jadi, oleh sebab itu, mesti disusun kembali,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.