nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Himpunan Haram: UMMAH Desak Polis Ambil Tindakan Tegas

3 OGOS: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap semua peserta khususnya ahli-ahli Parlimen Pembangkang yang menyertai himpunan haram di kawasan Dataran Merdeka, semalam. 

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa berkata, prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) jelas memaklumkan perhimpunan sewaktu COVID-19 adalah tidak dibenarkan dan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). 

“Oleh itu, UMMAH mendesak agar semua ahli Parlimen pembangkang yang menyertai himpunan tersebut dikenakan tindakan tegas oleh PDRM.

“Perbuatan berhimpun yang sudah jelas menyalahi SOP ini membawa kemarahan rakyat yang selama ini bersabar mematuhi peraturan, walaupun turut terkesan dengan wabak COVID-19,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

MOHD ZAI

Semalam, puluhan ahli Parlimen pembangkang berarak ke Parlimen selepas berkumpul di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, yang tidak berpuas hati kerana Persidangan Khas Dewan Rakyat ditangguhkan disebabkan peningkatan kes COVID-19 di Parlimen. 

Dalam pada itu, beliau menegaskan sepatutnya ahli-ahli Parlimen pembangkang menunjukkan contoh terbaik dan bukan mempamerkan perbuatan dan sikap negatif sehingga menjejaskan usaha kerajaan dalam memulihkan negara pada fasa COVID-19.

“PDRM mesti bertindak tegas terhadap kesalahan SOP sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Rakyat boleh bersabar memgenai isu buka surau dan masjid. 

“Begitu juga isu buka perniagaan, rakyat masih sabar walaupun menanggung kerugian tetapi perkara yang jelas salah dengan mengadakan himpunan seperti ini mengguris hati rakyat,” katanya. 

Sementara itu, Mohd Zai berkata pihaknya turut menyeru kepada seluruh rakyat dan para pemimpin agar mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan demi memastikan negara berjaya keluar daripada wabak COVID-19.

“UMMAH juga telah membuat satu laporan polis pada petang semalam sebagai pemula. 

“UMMAH turut menyeru pemimpin semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGI) yang cintakan keselamatan negara ini agar membuat laporan polis bagi mengekang sebarang tindakan yang cuba merosakkan negara ini,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.