nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bidang Pendidikan Jadi Mangsa Polemik Politik

7 OGOS: Semua pihak seharusnya menerima dengan terbuka keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menentukan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri menerusi usul undi percaya di Persidangan Dewan Rakyat, September ini. 

Pensyarah Kanan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Muhammad Azwan Sulaiman berkata ahli-ahli Parlimen seharusnya bersama memberi fokus kepada menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi oleh negara sekarang namun apa berlaku adalah di sebaliknya, kemelut politik masih belum reda. 

Beliau menjelaskan tindakan dua menteri daripada UMNO meletakkan jawatan sebagai Menteri sebelum hari pengundian usul ini telah memberi kesan kepada rancangan dan dasar-dasar yang telah ditetapkan di kementerian.

“Peletakan jawatan (Datuk Seri Noraini Ahmad) sudah pasti memberi kesan kepada institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia. Sudah pasti Noraini telah menggariskan banyak dasar dan hala tuju yang baik demi kecemerlangan Pendidikan Tinggi negara.

MUHAMMAD AZWAN

“Masa kini, tempoh pembukaan semester baharu di IPT yang tidak lama lagi memerlukan hala tuju dan petua daripada peringkat menteri. Memang diakui keputusan boleh dibuat oleh pengurusan tertinggi walaupun ketiadaan seorang menteri, namun ianya pasti hanya meneruskan langkah yang pernah dibuat sebelum ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Mengulas lanjut, Muhammad Azwan menegaskan meninggalkan posisi sebagai menteri secara mengejut juga menjejaskan pelantikan beberapa Naib Canselor di beberapa Universiti awam seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

“Semua pihak maklum bahawa peranan seorang Naib Canselor di universiti amat penting bagi membawa dan menggariskan hala tuju dan dasar sesebuah universiti.

“Walaupun pihak menteri telah melantik seorang Timbalan Naib Canselor bagi menjalankan tugas dan fungsi Naib Canselor, namun ianya bukanlah seorang yang mampu membuat dasar baharu dan hanya menjadi penggerak universiti secara statik,” katanya. 

Pada masa sama, beliau berkata terdapat kenyataan sebelum menyatakan proses temubual telah dijalankan dan sudah pasti pelantikan Naib Canselor kepada kedua-dua universiti tersebut akan tertangguh.

Tambah beliau, sekiranya berlaku pertukaran kepada menteri yang baharu, berkemungkinan besar calon yang telah disenarai pendek akan berubah disebabkan sebarang keputusan dan kuasa melantik seorang Naib Canselor terletak pada seorang Menteri.

“Bidang Pendidikan tidak harus dimangsakan dan diheret ke kancah politik. Pendidikan adalah masa depan negara yang perlu diberikan perhatian sepenuhnya dan bukannya kepada parti sahaja.

“Benar, dengan politik yang meletakkan seseorang itu di posisi menteri, tetapi harus diingat, kepentingan rakyat adalah tanggungjawab lebih besar berbanding tanggungjawab kepada parti.

“Pergolakan sebegini seharusnya boleh dielakkan seandainya ahli politik bijak berpolitik dengan berpolitik pada waktu yang betul, bukannya pada waktu yang salah,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.