nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pemimpin Desak PM Letak Jawatan Hanya Retorik Semata-mata

15 OGOS: Sikap sebahagian kepimpinan politik yang berterusan mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar meletakkan jawatan atas dakwaan telah gagal menangani pandemik COVID-19 hanyalah bersifat retorik dan alasan kosong semata-mata. 

Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh melahirkan kekesalan dengan sikap tersebut ketika negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi akibat wabak COVID-19. 

“Desakan-desakan berterusan ini, bukan sahaja mengganggu tumpuan pihak kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam menangani COVID-19, bahkan turut menimbulkan suasana politik yang tidak stabil.

“Ini juga akan mewujudkan suasana politik yang tidak harmoni yang akan memberikan kesan langsung kepada seluruh rakyat di negara ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini. 

TUAN IBRAHIM.

Dalam pada itu, Nik Muhammad Zawawi yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)memberitahu kerajaan PN di bawah Muhyiddin telah berusaha sebaik mungkin bersama jemaah menteri di samping bersama petugas-petugas barisan hadapan dalam menghadapi dan memerangi COVID-19. 

“Alhamdulillah, melalui kenyataan media Perdana Menteri pada hari ini, program vaksinasi kebangsaan semakin menunjukkan hasil yang positif selain daripada pengumuman pembukaan tambahan sektor-sektor ekonomi yang memberikan kelegaan dan kegembiraan kepada mereka yang terjejas dengan pandemik ini.

“Walaubagaimanapun, DUPP melahirkan kekesalan dan kekecewaan dengan sikap sebahagian pimpinan politik yang berterusan mendesak Perdana Menteri agar meletakkan jawatan atas dakwaan telah gagal menangani pandemik COVID-19 yang hanyalah bersifat retorik dan alasan kosong semata-mata,” katanya. 

Sementara itu, beliau menyeru semua umat Islam agar bersama-sama menunaikan solat sunat hajat bagi memohon petunjuk daripada Allah dalam kemelut politik yang sedang berlaku. 

“Sehubungan itu, DUPP sekali lagi menyeru ahli-ahli PAS secara khusus, serta umat Islam seluruhnya untuk sama-sama menunaikan solat hajat dan munajat kepada Allah SWT.

“Ini bagi kita memohon keharmonian dan kesejahteraan negera serta perlindungan-Nya daripada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kerugian kepada Islam dan Ummah. Yakinlah kita dengan janji Allah SWT,” katanya.

Sementara itu, hantaran Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi tanda tanya apabila beliau menyifatkan pada kebiasaannya manusia tidak menghargai sesuatu waktu yang masih ada.

Sebaliknya, Menteri Alam Sekitar dan Air itu memaklumkan, manusia hanya akan menghargainya dan merasakan penyesalan setelah ia tiada. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.