nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kes Baharu Catat Peningkatan Dua Hari Berturut-Turut

19 OGOS : Malaysia mencatatkan kes positif COVID-19 harian tertinggi dua hari berturut-turut apabila sebanyak 22,948 kes dilaporkan hari ini berbanding semalam, 22,242 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik terbabit di Malaysia adalah sebanyak 1,489,460.

Menurut beliau, sembilan negeri dan wilayah mencatatkan kes empat angka, didahului Selangor dengan 7,175 kes jangkitan harian hari ini yang mencatatkan peningkatan berbanding semalam iaitu 6,858 kes. 

“Ia disusuli Sabah dengan 2,583 kes; Kedah (2,137); Pulau Pinang (1,655); Johor (1,526); Kuala Lumpur (1,439); Kelantan (1,271); Perak (1,229) dan Sarawak, 1,206 kes.

Negeri lain turut mencatatkan pertambahan kes iaitu Melaka dengan 737 kes hari ini; Pahang (736); Terengganu (621); Negeri Sembilan (556); Perlis (42) dan Putrajaya (26)

” Manakala Labuan mencatatkan kes harian terendah iaitu sebanyak sembilan kes,” katanya menerusi hantaran serta infografik perkembangan harian COVID-19 di Facebook miliknya, hari ini. 

Dalam pada itu, menerusi hantaran berbeza, Noor Hisham memaklumkan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian di negara ini kekal 1.04 semalam dan Perlis menjadi negeri mencatatkan Rt tertinggi dengan nilai 1.33.

Beliau berkata, semua negeri mencatatkan Rt melebihi purata kebangsaan, kecuali Selangor, Negeri Sembilan serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Perlis mencatatkan Rt tertinggi iaitu 1.33 diikuti Sarawak (1.21), Sabah (1.19), Pulau Pinang (1.18), Kelantan (1.14), Kedah dan Perak masing-masing 1.10, Johor (1.07), Melaka (1.06), Pahang (1.06) dan Terengganu (1.05).

“Selangor pula mencatatkan nilai 0.99 diikuti Kuala Lumpur (0.96), Negeri Sembilan (0.95) dan Putrajaya (0.91) manakala Labuan pula mencatatkan lima kes berbanding kelmarin, tiada kes direkodkan,” katanya. 

Sementara itu, berdasarkan Model Pembendungan Risiko, Pendedahan dan Jangkitan (SEIR) Unjuran dan Pemerhatian Kes Harian COVID-19 yang dikongsi Noor Hisham berkata, kes harian berisiko melonjak melebihi 20,000 jika Rt kembali melebihi 1.2, kesan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Sekiranya pematuhan SOP dilakukan, Rt mampu turun sehingga 0.95 mengikut pemerhatian kes yang mengambil kira purata tujuh hari bagi nilai keseluruhan dan tempoh 14 hari bagi Rt setiap negeri.

Mengikut rekod Kementerian Kesihatan (KKM), Rt terendah pernah dicatatkan pada 0.81 pada 3 Mac lalu.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu jumlah individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Sebagai contoh, jika nilai Rt 1.5, bererti satu kes positif boleh tersebar kepada seorang atau dua orang yang lain.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.