nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Inisiatif kerajaan mampu meransang perniagaan, ekonomi

25 OGOS : Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menjangkakan prospek ekonomi jangka pendek Malaysia akan terus menghadapi cabaran berdasarkan kepada penurunan kadar pertumbuhan Indeks Pelopor (IP).

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan hari ini, jangkaan itu  sejajar dengan unjuran agensi antarabangsa dan nasional yang menjangkakan prospek ekonomi negara perlahan tahun ini.

Bagaimanapun katanya, kesan positif daripada pelbagai inisiatif kerajaan untuk menyokong kelangsungan perniagaan, seiring dengan kemajuan dalam kadar vaksinasi COVID-19 diyakini dapat merangsang  perniagaan dan menyokong pemulihan ekonomi.

“Perubahan tahunan IP negara meningkat 0.5 peratus pada Jun 2021 kepada 105.6 mata berbanding 105.1 mata.

“Peningkatan IP disumbangkan terutama oleh import benar logam asas berharga dan logam bukan ferus lain yang didorong oleh import logam berasaskan tembaga,” ujarnya menerusi kenyataan itu.

Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin

Kata Mohd Uzir lagi, sebagai perbandingan bulanan, IP susut 2.8 peratus disebabkan penurunan dalam semua komponen IP terutama oleh bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan (-0.9 peratus).

IP adalah alat yang digunakan untuk menjangkakan kenaikan dan penurunan ekonomi dalam purata empat hingga enam bulan ke hadapan.

Sementara itu, beliau berkata Indeks Serentak (IS) mengekalkan momentum pertumbuhan tahunan yang positif bagi tiga bulan yang lalu walaupun mencatatkan negatif tiga peratus pada Jun 2021 disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Prestasi IS yang mencerminkan aktiviti ekonomi semasa terus menurun kepada negatif 6.3 peratus bulan ke bulan berbanding penurunan sebanyak 1.3 peratus yang direkodkan pada bulan sebelumnya.

“Ini disebabkan penurunan ketara dalam kapasiti penggunaan di sektor pembuatan (-4.5 peratus),” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.