nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

COVID-19: Kerajaan bakal umum SOP lebih menyeluruh

2 SEPT: Kerajaan bakal mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih menyeluruh untuk tempoh jangka masa panjang dan membantu rakyat supaya lebih memahami situasi negara yang kini pada fasa endemik wabak COVID-19.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata SOP berkenaan bakal diumumkan kerajaan berkenaan merangkumi tiga asas utama iaitu kesihatan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Ahli Parlimen Sembrong itu berkata perkara berkenaan adalah antara arahan utama yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepadanya dalam mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara maya hari ini.

Beliau berkata perkara paling penting sekarang adalah memastikan SOP dirangka kerajaan nanti dapat melindungi nyawa,  kesihatan, mengukuhkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Ini kerana situasi sekarang sudah berbeza dengan tahun lepas. Tahun ini kita sudah melaksanakan pemberian vaksin secara besar-besaran kepada rakyat yang mana Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) juga menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan.

HISHAMMUDDIN

“Harapan saya, perancangan kita selepas ini akan boleh terus ditambah baik. Saya juga berharap SOP seterusnya yang bakal diumumkan oleh kerajaan  kelak lebih bersifat menyeluruh, jangka masa panjang, mudah difahami serta paling penting dapat menjamin tiga tonggak utama iaitu, kesihatan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media selepas kembali mengetuai MKN hari ini.

Berikutan itu Hishammuddin, berkata beliau meminta orang ramai supaya memberikan maklum balas menerusi platform yang disediakan agar kerajaan dapat mendengar setiap cadangan rakyat.

Beliau berkata, tindakan itu bagi memudahkan cara penyampaian SOP dibuat serta dapat mengimbangi tiga tunggak utama terbabit.

“Apa yang kita umumkan bersandarkan ‘the best practices’ yang kita lihat di negara lain. Sebagai bekas Menteri Luar Negeri, saya boleh sahkan tidak ada negara di luar sana terkecuali daripada memikirkan perkara terbaik merintis ke hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia mengerakkan aset, kepakaran serta kepimpinan ke lima negeri yang mencatatkan penularan COVID-19 yang tinggi iaitu Sabah, Johor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan, dalam masa terdekat.

Beliau berkata usaha mengurus dan meredakan penularan COVID-19 di lima negeri berkenaan kini menjadi keutamaan ATM dalam memenuhi agenda nasional terutama memerangi wabak terbabit.

“ATM sememangnya mempunyai infrastruktur, aset dan kepakaran mencukupi dan sedia diatur gerak pada bila-bila masa.

Hishamuddin, berkata beliau berharap langkah berkenaan dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika ini terutama dalam memberikan rawatan kepada pesakit COVID-19 tahap tiga hingga lima. – Oleh Haika Khazi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.