nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pembaharuan Parlimen perlu supaya sesuai keadaan semasa

2 SEPT: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, hari ini mengadakan perbincangan dengan Yang di-Pertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun untuk membincangkan pelbagai perkara termasuk reformasi di Parlimen.

Wan Junaidi berkata perbincangan ini amat penting berdasarkan situasi norma baharu yang sedang diharungi hari ini.

“Saya mengambil berat kelangsungan suara rakyat di parlimen yang berpaksikan pemerintahan Raja Berperlembagaan.

“Saya ingin berterima kasih kepada Tan Sri Rais dan Datuk Azhar di atas pandangan dan perbincangan yang begitu konstruktif pagi ini.

“Memang rancak betul kami bertiga berbual terutama tentang pembaharuan yang harus diperkenalkan di parlimen agar menjadi lebih efektif, sesuai dengan keadaan semasa. Saya bersedia bekerja bersama anda berdua,” kata Wan Junaidi dalam satu hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Tan Sri Rais Yatim dan Datuk Azhar Azizan Harun dalam pertemuan hari ini bagi membincangkan isu pembaharuan Parlimen.

Sebelum ini media melaporkan Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan tarikh Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 dipinda ke 13 September hingga 12 Oktober depan selama 17 hari.

Persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula pada 13 September ini bakal dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Penangguhan dari tarikh asal 6 September itu antara lain bagi membolehkan barisan Kabinet membuat persediaan terutama mengenal pasti isu-isu yang perlu diutamakan di dalam setiap kementerian.

Berikutan itu, tambahan masa selama dua hari turut diberi kepada persidangan berkenaan untuk memberi laluan kepada hal-hal atau usul kerajaan yang perlu diselesaikan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.