nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Usul undi percaya tidak perlu – Wan Junaidi

7 SEPT: Yang di-Pertuan Agong memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa beliau tidak perlu melalui undi percaya di Dewan Rakyat, dalam masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata keputusan dimaklumkan oleh Perdana Menteri ketika mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri pertamanya, baru-baru ini.

“Apabila mengadap Yang di-Pertuan Agong memaklumkan kepada Ismail Sabri bahawa tiada keperluan untuk mengadakan undi percaya terhadap Perdana Menteri pada sidang Parlimen dalam masa terdekat.

“Ini kerana pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri adalah baru sangat. Jadi dari sudut pandangan saya Perlembagaan memberikan kuasa terbesar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri yang pada kepercayaannya bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti mencukupi.

WAN JUNAIDI

“Pada ketika itu Ismail Sabri mendapat sokongan 114 Ahli Parlimen menyokongnya dan ini bukan lagi suatu anggapan tetapi semua ahli Dewan Rakyat berkenaan bersemuka sendiri dengan Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri.

“Jadi pada pandangan saya dalam masa singkat ini tidak mungkin 114 Ahli Parlimen berkenaan akan menukar pendirian untuk tidak menyokong Perdana Menteri semasa sidang Parlimen akan datang.

“Jika masa sudah berlalu enam atau tujuh bulan mungkin ada perubahan pemikiran berlaku tetapi dalam masa singkat…Perdana Menteri baru duduk di kerusinya perkara berkenaan tidak akan berlaku,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya hari ini.

Terdahulu, Wan Junaidi menjelaskan tiada peruntukan khusus dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai keperluan undi percaya diusulkan terhadap Perdana Menteri baharu dilantik dibuat di Parlimen bagi membuktikan keabsahannya.

“Bagaimanapun, kita pernah membuat perkara sedemikian untuk kepuasan hati Perdana Menteri di zamannya sebagai Tun Hussein Onn dan memperoleh kemenangan begitu besar sekali.

“Perkara sama pernah berlaku di zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan beliau mendapat  dua pertiga sokongan Ahli Parlimen untuk kesenangan dan kepuasan diri sajalah. Jadi sekarang apa yang berlaku di bawah titah Yang di-Pertuan Agong,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.