nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SOP Lebih Teliti Jika IPT Dibuka Semula

7 SEPT: Rancangan pembukaan semula Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pada Oktober ini seperti yang diumumkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) adalah suatu tindakan yang wajar memandangkan sudah lebih daripada setahun para pelajar menjalani proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara maya. 

Namun, Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, Zaiton Din mengharapkan agar kerajaan melaksanakan perancangan penuh teliti supaya tidak berlaku keadaan yang lebih buruk dengan penularan wabak COVID-19 yang tidak terkawal. 

Beliau berkata, antara perkara yang perlu dititikberatkan sudah pasti isu berkaitan dengan pemberian vaksin kepada para pelajar dan pensyarah yang akan memasuki kampus.

“Terdapat sebahagian IPT yang telahpun menubuhkan pusat pemberian vaksin (PPV) di kampus masing-masing dan ini boleh diperluas dan dijadikan sebagai penanda aras kepada IPT yang lain.

“Pemberian vaksin ini sangat penting dalam memastikan wujud imuniti kelompok di kalangan warga IPT selain aspek kawalan SOP dalam kampus juga perlu ditekankan seperti penggunaan pelitup muka, hand sanitizer serta penjarakan fizikal,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Dalam pada itu, Zaiton turut berpandangan bahawa pihak universiti boleh melakukan perancangan yang sebaiknya untuk melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara hibrid iaitu secara maya dan fizikal.

“Bagi kursus-kursus yang memerlukan latihan praktikal di makmal,  PdP secara fizikal boleh dijalankan jika didapati ada kursus yang agak kritikal dan perlu kepada pengajaran dan pembelajaran secara fizikal, ia boleh dicadangkan untuk dilaksanakan dengan SOP yang ketat.

“Persediaan di sudut kebajikan pelajar IPT juga harus diberikan perhatian. Ia termasuklah kemudahan rangkaian internet Wi-Fi yang meluas di kampus, prasarana untuk aktiviti-aktiviti yang dibenarkan dalam kampus serta bantuan kewangan terutama yang melibatkan golongan B40. 

“Sebagai contoh di UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama YaPEIM telah diwujudkan program Foodbank untuk membantu pelajar-pelajar yang tinggal di kampus,” katanya. 

Justeru, beliau memaklumkan pembukaan semula IPT dapat memberi ruang kepada pelajar untuk meneruskan semula pengajian dengan lebih efektif apabila dilaksanakan secara fizikal dan bersemuka.

“Namun, pada masa yang sama, IPT mesti memastikan keadaan keselamatan warganya terjamin dengan suntikan vaksinasi, pematuhan SOP yang ketat serta kebajikan pelajar yang terus dipelihara,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.