nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPD 12 Lokaliti di 3 Negeri Ditamatkan

8 SEPT : Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 10 lokaliti di Sabah serta satu masing-masing di Johor dan Pahang akan berakhir esok, seperti yang sudah dijadualkan. 

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, daripada jumlah itu, tiga direkodkan di Telupid, Sabah iaitu Kampung Gading, Kampung Ulu Sapi dan Ladang Melia di samping Kampung Ladung Ayang, Kudat.

“Selain itu ia turut membabitkan Kampung Bergosong, Pulau Sebatik dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Apas Batu 8, Tawau; Kampung Libang, Ranau;  Beverly Hills Fasa 5 dan Kampung Nambazan di Penampang, dan Rancangan Batu 22 Apas, Tawau 

“Turut ditamakan PKPD adalah Kampung Orang Asli Kuala Masai, Johor Bahru dan di Ladang Cheekah, Bera, Pahang,” katanya menerusi kenyataan media perkembangan harian PKPD, hari ini. 

Dalam pada itu, Rodzi menjelaskan tujuh lokaliti masing-masing dua di Sabah dan lima di Pahang dikenakan PKPD bermula Jumaat ini hingga 23 September.

Datuk Rodzi Md Saad

“Dua lokaliti di Sabah adalah Kampung Ulu dan Kampung Pasir Putih di Putatan. Pahang pula membabitkan Kampung Orang Asli Sungai Kiol dan Kampung Orang Asli Tekeh serta FELDA Sungai Tekam di Jerantut; Kampung Batu 1, Jalan Mentakab, Temerloh dan FELDA Keratong 8, Rompin.

“Selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19, PKPD akan dilaksanakan di lokaliti berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Rodzi menjelaskan PKPD di beberapa lokaliti di Sabah, Johor dan Sarawak juga dilanjutkan bermula Jumaat ini.

“PKPD di Kampung Pengalat Kecil di Papar dan Kampung Lohan Ulu di Ranau, Sabah dilanjutkan sehingga 23 September ini

“Manakala PKPD di Kampung Orang Asli Simpang Arang Johor Bahru, Johor serta Kuarters Pekerja Sri Datai Mining Sdn Bhd, Mukah, Sarawak dilanjutkan sehingga 16 September ini,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.