nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pasaran halal domestik sumbang tujuh peratus KDNK negara

9 SEPT : Nilai pasaran halal domestik Malaysia bernilai kira-kira RM300 bilion telah menyumbang sebanyak tujuh peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)negara.

Pasaran halal domestik juga diunjurkan meningkat kepada RM400 bilion, sekali gus bakal menyumbang 11 peratus kepada (KDNK) menjelang 2030.

Menurut Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour,  trend global membabitkan ekonomi halal di mana penggunaan perkhidmatan dan barangan halal dunia dijangka berkembang pada 3.5 peratus setiap tahun mencecah AS$2.4 trilion menjelang 2024, memberikan naratif baik dengan prospek sangat besar untuk Malaysia.

Kata beliau, pihaknya menyaksikan peningkatan sokongan institusi kewangan Islam terhadap sektor halal dalam beberapa tahun kebelakangan ini di mana terdapat 10,800 permohonan syarikat yang disahkan halal menggunakan kemudahan itu, tahun lalu.

“Walaupun hanya 21.9 peratus syarikat yang disahkan halal Malaysia menggunakan kewangan Islam pada tahun 2018, jumlah permohonan dari segmen itu bagaimanapun meningkat dua kali ganda kepada 10,800 pada tahun 2020, berjumlah RM63 bilion,” katanya.

Abdul Rasheed berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Perniagaan Halal Dunia (WHBC) hari ini.

Datuk Abdul Rasheed Ghaffour

Katanya lagi, pada masa yang sama, faktor penting yang menyumbang kepada trend positif pasaran halal domestik adalah cadangan nilai dalam kewangan Islam yang memperluaskan keupayaan institusi bagi menawarkan perantaraan kredit menjangkaui asas perbankan.

“Skop perniagaan sejagat di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 membolehkan institusi kewangan Islam menggerakkan pelbagai sumber dana untuk memberikan penyelesaian yang bermakna,” katanya.

Tambah Rasheed, keupayaan bank Islam untuk menstrukturkan akaun pelaburan antaranya bersesuaian dengan profil risiko menawarkan peluang menarik bagi pelanggan untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka di pelbagai subsektor halal.

Selain itu jelasnya, rangkaian institusi kewangan Malaysia yang luas dalam memudahkan eksport halal untuk memasuki pasaran serantau turut membantu.

“Peningkatan minat dari negara ASEAN yang merupakan 42 peratus daripada populasi Muslim global serta permintaan dari negara Asia lain seperti Jepun, Korea dan Vietnam memberi manfaat kepada perniagaan halal domestik.

“Sehingga kini sebanyak tiga institusi kewangan Malaysia berjaya memanfaatkan jaringan global dan kerjasama strategik mereka untuk membantu pengeksport halal mendapatkan akses ke pasaran baharu,” ujarnya.

Katanya, faktor lain yang menyumbang ialah kemampuan institusi kewangan Islam untuk memudahkan perniagaan beralih kepada amalan lebih mampan yang menjadi elemen penting dalam memastikan jangka hayat perniagaan, sekali gus menjadi prasyarat transaksi oleh rakan dagang.

“Dalam menuju ke depan, institusi kewangan Malaysia harus memanfaatkan hubungan antara kerajaan (G2G) yang kuat dan kerjasama strategik pelbagai hala di sektor halal antara negara untuk menawarkan pembiayaan perdagangan Islam kepada pemain industri halal,” katanya.

Beliau berkata, institusi kewangan Islam sudah berkembang menjadi institusi yang matang dengan menawarkan pelbagai penyelesaian kewangan dan industri halal harus merebut peluang ini bagi menyediakan platform yang lebih kuat untuk bangun semula seiring pemulihan ekonomi.

Sementara itu, beliau berkata, segmen makanan dan minuman halal Malaysia yang mewakili 80 peratus daripada pembuatan halal Malaysia serta 86 peratus keseluruhan eksport halal mungkin terjejas akibat perubahan iklim.

Katanya, peningkatan suhu akan menurunkan daya tahan agroekosistem terhadap perosak dan patogen, yang mengakibatkan hasil dan kualiti tanaman yang lebih rendah, sekali gus mempengaruhi bekalan bahan mentah.

“Namun amat baik apabila terdapat syarikat multinasional (MNC) mula melaksanakan amalan mampan membabitkan rantaian bekalan mereka,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.