nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Semangat Kebangsaan Untuk Bentuk Jati Diri Ahli BERSATU

9 SEPT: Kelompok yang mementingkan diri sendiri dan mengamalkan politk wang demi mengumpul kekayaan peribadi hingga menggadai masa depan bangsa hendakhlah dihapuskan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Dr Muhammad Faiz Na’aman menegaskan, jangan biarkan politik wang dijadikan budaya dalam parti ini sepertimana pernah menjangkiti parti-parti lain yang sudah lama wujud di negara ini. 

Justeru, beliau menegaskan semangat kebangsaan harus sentiasa menjadi menu serta ramuan utama dalam membentuk jati diri setiap warga dan ahli BERSATU. 

“Kita sedar bahawa majoriti rakyat khususnya Bumiputera mahukan suatu parti yang bukan saja memperjuangkan keadilan sosial serta sistem semak imbang dalam pengurusan kerajaan, tetapi yang tegas dalam memperkasakan elemen-elemen kebangsaan. 

“Antaranya seperti sekolah kebangsaan dan penggunaan bahasa kebangsaan. Jika rakyat Malaysia dambakan perpaduan, maka inilah yang patut didukung. Sokonglah pemimpin kita kerana prinsipnya, visinya dan kebolehannya dalam memajukan ummah serta negara.

MUHAMMAD FAIZ

“Dukunglah pemimpin yang berani memimpin negara ketika kita menghadapi saat sukar seperti wabak COVID-19 serta masalah ekonomi global kesan darinya,” katanya menerusi kenyataan kepada PNBBC Portal, hari ini. 

Dalam pada itu, Muhammad Faiz berkata, BERSATU harus mempunyai keunikannya tersendiri, khususnya dalam saf kepimpinan bagi membezakan parti itu daripada parti-parti lama yang lain.

“Jatuh bangun sesuatu perjuangan tersebut banyak bergantung kepada kelangsungan kepimpinan sesuatu bangsa itu, maka BERSATU harus terus mengetengahkan watak-watak segar dan muda yang mempunyai latar belakang yang baik untuk diterima masyarakat.

“Di samping itu juga, mereka perlu dibimbing oleh orang-orang lama yang berpengalaman dalam politik dan pentadbiran kerajaan. Peranan wanita melalui sayap Srikandi serta Srikandi Muda jangan sesekali dipandang sebelah mata kerana merupakan ejen penggerak perjuangan dalam menyantuni marhaen serta menjadi penghubung antara kelompok keluarga masyarakat dengan golongan pemimpin.

“BERSATU perlu menghasilkan generasi pemimpin “Wanita Besi” seterusnya untuk turut membantu pembangunan negara pasca COVID-19. Kelompok intelektual perlu diharmonikan dengan kumpulan pejuang-pejuang asal parti agar tiada jurang serta fitnah yang boleh memecahkan kesatuan ukhwah kita, ” katanya. 

Dalam pada itu, Muhammad Faiz menegaskan partinya tetap komited dan tidak akan berkompromi dengan segala ugutan, hasutan, provokasi serta konspirasi dari pihak yang mendukung pesalah rasuah yang sedang menghadapi perbicaraan skandal-skandal berprofil tinggi.

Menurut beliau, perkara itu seperti yang ditegaskan dan menjadi pendirian oleh Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak sesekali menyokong campur tangan dalam institusi kehakiman dan keadilan negara.

“Kita semua belajar dari kesilapan diri dan bangsa kita. Kita terus mengkaji sejarah kebangkitan empayar-empayar silam nenek moyang kita di Nusantara ini serta kenapa mereka jatuh. Kita, terutamanya kelompok pribumi di negara ini, tidak kira kalian dari Semenanjung atau utara Borneo, perlu terus mengukuhkan kesefahaman, kesatuan dan kerjasama bagi membangunkan bangsa kita yang hakikatnya agak jauh ketinggalan berbanding bangsa-bangsa maju di dunia.

“Kurangkan retorik dan berpujangga. Minimakan syak wasangka antara kaum di negara ini dengan semangat kebangsaan cintakan tanah air. Definisi seseorang pemimpin itu ada pada diri “Abah”. Beliau adalah pemimpin pertama yang berjaya mendirikan kerajaan hasil gabungan dari parti-parti berasaskan majoriti Melayu-Muslim-Bumiputera di negara ini. 

“Ia dipanggil Perikatan Nasional (PN) sebagai wadah politik berdaftar serta nama kerajaan Malaysia sekarang. Itulah dia antara perjuangan BERSATU, iaitu menyatukan para pemimpin lain dari pelbagai latar belakang ideologi politik untuk menghadapi objektif yang sama, demi negara,” ujarnya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.