nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Taliban rayu AS segera salur bantuan AS$1.2 bilion

15 SEPT: Afghanistan telah menerima ratusan juta dolar bantuan kecemasan namun mendesak Amerika Syarikat ( AS) untuk segera menyalurkan bantuan AS$1.2 bilion (RM5 bilion) sepertimana yang dijanjikan.

Afghanistan sangat bergantung kepada bantuan bagi menghadapi krisis ekonomi bagi tujuan membayar gaji selain berdepan harga makanan melambung tinggi.

Pemangku Menteri Luar, Amir Khan Muttaqi, memberitahu pada sidang media bahawa Taliban akan membelanjakan wang penderma dengan bijak dan menggunakannya untuk mengurangkan kemiskinan.

“Kami mengucapkan terima kasih dan menyambut janji dunia untuk bantuan kira-kira AS$1 bilion (RM4.16 bilion) dan meminta mereka untuk meneruskan bantuan ke Afghanistan.

“Emiriah Islam akan berusaha sebaik mungkin untuk menyampaikan bantuan ini kepada orang-orang yang memerlukan dengan cara yang telus,” katanya.

Beliau juga meminta Washington untuk menunjukkan penghargaan terhadap Taliban yang membenarkan tentera AS menyelesaikan penarikan pasukan dan pemindahan lebih 120,000 orang bulan lalu.

“Amerika adalah negara besar…mereka perlu bersikap pemurah,” katanya.

Muttaqi berkata, Afghanistan yang juga menghadapi kekeringan dana, menerima bantuan dari negara Pakistan, Qatar dan Uzbekistan, tetapi tidak memberikan keterangan lebih lanjut.

Beliau berkata, perbincangan turut diadakan dengan duta besar China mengenai vaksin COVID-19 dan bantuan kemanusiaan lain, dengan Beijing menjanjikan AS$15 juta yang akan tersedia tidak lama lagi.

Sejak pengambilalihan Taliban, Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menghentikan akses Afghanistan untuk mendapatkan dana, sementara AS juga membekukan wang tunai yang disimpan dalam simpanannya untuk Kabul.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.