nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

AS mohon maaf akui tersilap serang Kabul

18 SEPT: Amerika Syarikat (AS) akhirnya mengakui tentera negara itu tersilap ketika melancarkan serangan dron di Kabul bulan lalu yang menyebabkan 10 orang awam terkorban, termasuk kanak-kanak.

Komander tentera AS, Jeneral Kenneth McKenzie berkata, serangan berkenaan menyasarkan suspek pengganas Daesh selepas pihak perisikan menerima maklumat kumpulan terbabit dipercayai mahu melancarkan serangan di lapangan terbang Kabul, pada 29 Ogos lalu.

“Serangan itu satu kesilapan yang tragik.

“Ia mengorbankan 10 orang termasuk tujuh kanak-kanak dan tiada seorang pun mangsa mempunyai kaitan dengan Daesh,” kata McKenzie kepada pemberita selepas siasatan berakhir.

AS sedang mengkaji pampasan setimpal untuk dihulurkan kepada keluarga mangsa yang terbunuh.

Bagaimanapun, McKenzie mempertahankan serangan dron itu berikutan beberapa hari sebelum itu, lapangan terbang Kabul diserang ketika AS sibuk membawa keluar tentera dan warganya keluar dari Afghanistan, akhir bulan lalu.

Katanya, tiada orang awam dikesan berada di lokasi kejadian ketika serangan itu diluluskan untuk dilancarkan.

Beliau berkata, sebelum serangan itu, tentera mengesan sebuah kenderaan Toyota putih selama lapan jam di Kabul yang perisikan mengesyaki ia operasi pengganas Daesh dan dipercayai hendak melancarkan serangan di lapangan terbang Kabul.

“Kami menyasarkan kenderaan ini berdasarkan pergerakannya di sasaran dikenal pasti dan menarik perhatian kami. Jelas sekali, perisikan kami silap,” katanya.

Pada 26 Ogos lalu, pengganas Daesh melancarkan serangan bom nekad di lapangan terbang, menyebabkan 13 tentera AS maut.

Sementara itu, Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin turut memohon maaf terhadap keluarga mangsa yang terkorban dalam serangan berkenaan.

“Saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka yang terbunuh. Kami memohon maaf dan amat menyesal dengan kesilapan mengerikan ini,” katanya dalam kenyataan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.