nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

4,422 kanak-kanak kehilangan ibu bapa akibat COVID-19

20 SEPT: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun, mengesahkan seramai 4,422 kanak-kanak kehilangan ibu bapa atau penjaga akibat COVID-19 dengan 154 daripada mereka menjadi yatim piatu.

Rina berkata jumlah mereka yang juga murid sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) direkodkan sejak pandemik COVID-19 melanda awal 2020 hingga 13 September lalu.

“Daripada jumlah itu, 154 menjadi yatim piatu kerana kehilangan kedua-dua ibu dan bapa. Sehubungan itu, pihak kementerian mengambil inisiatif memberi bantuan dan sokongan bagi menampung keperluan hidup mereka.

“Bantuan disalurkan melalui tabung bantuan segera dan bantuan kanak-kanak daripada RM150 hingga RM1,000 sekeluarga.

RINA

“Selain itu, kita juga memberikan perkhidmatan kaunseling membabitkan kaunseling individu, berkelompok dan terapi psikologi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen PH-Segambut, Hannah Yeoh yang meminta Rina menyata statistik jumlah kanak-kanak yang telah menjadi anak yatim akibat COVID-19 dan langkah Kementerian dalam penjagaan dan kebajikan kanak-kanak ini mengikut pecahan mereka yang kehilangan ibu dan ayah, kehilangan kedua-duanya dan/atau kehilangan penjaga.

Mengulas lanjut, Rina berkata, kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 dan tiada waris atau saudara-mara juga boleh ditempatkan di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengikut Seksyen 17 Akta Kanak-Kanak 2001.

Rina berkata, 154 pelajar kini berstatus yatim piatu setelah kehilangan ibu bapa mereka sejak COVID-19 dikesan di Malaysia tahun lalu.

“Bagi kanak-kanak yang tidak mempunyai ahli keluarga yang dapat menjaga mereka, mereka ini akan ditempatkan bersama keluarga angkat atau institusi yang selamat dan bersesuaian dengan kanak-kanak itu,” katanya.

Beliau memaklumkan Dewan Rakyat bantuan kewangan sebanyak RM200 disalurkan kepada setiap kanak-kanak berusia bawah tujuh tahun, manakala mereka berumur tujuh tahun ke atas akan menerima RM150.

Beliau berkata kerajaan juga sudah menaikkan had bantuan maksimum daripada RM400 bagi setiap keluarga sebelum ini, kepada RM1,000 untuk setiap keluarga, melalui Belanjawan 2021.

Dalam pada itu, Rina memaklumkan pihak kementerian turut menawarkan perkhidmatan kaunseling kepada kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa mereka, selain menerima bantuan daripada pakar psikologi untuk memastikan emosi mereka stabil.

Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yeoh, bagaimanapun mempersoalkan kaedah digunakan Kementerian berkenaan bagi mengkoordinasi data kementerian itu memandangkan sebulan lalu Rina mengumumkan hanya 33 kanak-kanak kehilangan ibu bapa mereka akibat COVID-19.

Rina memaklumkan lonjakan jumlah anak yatim itu diperoleh melalui integrasi data membabitkan kementeriannya, KPM dan kementerian kesihatan, serta polis dan NADMA.

 Ketika ditanya mengenai ‘trigger system’ akan diperkenalkan kementerian bagi memastikan data lebih terintegrasi dapat dihasilkan, Rina berkata dia akan menjawab soalan itu melalui jawapan bertulis kerana pihaknya sedang mengemas kini data.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.