nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kepala air Gunung Jerai suratan takdir – Takiyuddin

20 SEPT: Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, menegaskan bahawa kejadian banjir kilat dan kepala air di Gunung Jerai, Kedah, baru-baru ini, adalah kerana suratan takdir Allah, bukannya berpunca daripada masalah pembalakan di hulu sungai berkenaan.

Tajuddin berkata beliau yang meninjau sendiri kawasan terbabit mendapati kejadian kepala air dan banjit kilat berkenaan tiada kaitan langsung dengan aktiviti pembalakan di kawasan terbabit

Beliau menjelaskan ini berikutan walaupun mempunyai kuota melakukan pembalakan bagi tujuan hasil, aktiviti itu tidak dijalankan di kawasan Jerai yang berada dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Ulu Muda di Kedah dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

“Seluas 25,000 hektar diluluskan bagi tujuan usaha hasil pembalakan bagi tempoh 2014 hingga 2019, namun kawasan itu tidak diganggu dengan aktiviti pembalakan sejak tiga tahun lalu.

TAKIYUDDIN

“Jerai ialah kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan Geopark Kebangsaan pada 2018, maka aktiviti pembalakan sememangnya tidak dijalankan di kawasan itu.

“Menyentuh kejadian kepala air itu, saya lihat pokok yang dibawa oleh kepala air turun sekali dengan akarnya dan ini menunjukkan tiada pembalakan di kawasan Jerai.

“Ini yang kita sebut takdir Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen PAS-Jerai, Sabri Azit  pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat mengenai usaha kerajaan membaik pulih laluan di Jerai yang rosak akibat kejadian kepala air, hari ini.

Bagaimanapun, jawapan diberikan Takiyuddin itu menimbulkan rasa tidak puas hati Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kemudian bangun dan meminta Takiyuddin tidak menyalahkan takdir apabila berlaku masalah berkaitan alam sekitar kerana ia turut berpunca dari manusia.

“Masalah alam sekitar jangan salahkan Tuhan kerana kadangkala masalah manusia.

“Dulu ketika ada kerobohan (tanah runtuh), ada bekas Menteri Kerja Raya kata itu takdir Tuhan. Bagaimana kita tahu takdir Tuhan kalau manusia itu rakus merosakkan balak,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Anwar mengenai aktiviti pembalakan yang berterusan, Takiyuddin berkata, tiada pelanggaran terhadap catuan tebangan tahunan (CTT) hutan yang boleh diusaha hasil pernah direkodkan di seluruh negara dalam tempoh 2019 dan 2020.

Takiyuddin menjelaskan, seluas 39,354 hektar CTT diluluskan tahun lalu namun hanya 22,931 hektar yang diusahakan.

“Pada 2019, seluas 43,299 hektar CTT diluluskan namun hanya 10, 949 hektar diusaha hasilkan,” katanya.

Takiyuddin berkata, ia menunjukkan kerajaan serius dalam memastikan keputusan dibuat dipatuhi oleh setiap negeri.

Beliau menegaskan, kementerian memandang serius isu pembalakan haram dan kesalahan hutan yang lain di dalam HSK dan sehingga 31 Ogos lalu, sebanyak 76 kes pembalakan haram di seluruh negara dikenakan tindakan.

Daripada jumlah itu, katanya, 29 kes pembalakan haram dikesan berlaku di Semenanjung, tiga di Sabah dan 44 di Sarawak.

“Selain pembalakan haram, sebanyak 274 kesalahan lain di HSK turut diambil tindakan di seluruh negara,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.