nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan Keluarga Malaysia Kesinambungan Pentadbiran Kerajaan PN

21 SEPT : Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa terbukti hari ini bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak gagal dalam menguruskan pandemik Covid-19 sepertimana dakwaan sesetengah pihak.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) berkata, kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan kesinambungan kerajaan PN dalam memberi fokus kepada usaha memulihkan negara daripada wabak itu di mana kesan positifnya dapat dilihat ketika ini.

Menurut beliau, ini juga dibuktikan walaupun kes baharu wabak COVID-19 masih tinggi, namun kategori 4 dan 5 hanyalah sekadar 1 peratus sahaja di samping pencapaian kadar vaksinasi yang telah mendapat pengiktirafan antara yang terbaik di dunia.

“Di peringkat awal ketika saya menjadi Perdana Menteri dahulu, kita menghadapi kesukaran untuk mendapatkan vaksin, namun saya telah mengarahkan Khairy untuk beli banyak vaksin dan kita lihat sekarang untuk kita berikan kepada pelajar sekolah boleh dilakukan kerana kita ada lebih.

“Pelaksanaan zaman saya yang tak selesai telah disambung oleh kerajaan sekarang yang saya kata kerjaaan PN kerana hampir semua menterinya daripada kerajaan terdahulu untuk meneruskan apa yang telah dilaksanakan sebelum ini. Jadi, sebab itu, ini bukti kerajaan tidak gagal, kita dah berjaya.

“Kalau turun ke bawah jumpa rakyat, pelbagai bantuan telah pun diterima rakyat dan sehingga ke hari ini bantuan tersebut masih berterusan sehingga hari ini.

“Kita telah belanja RM530 billion iaitu lebih daripada setengah trilion yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Astro Awani, hari ini.

Program PICK yang diiktiraf antara terpantas di dunia adalah antara bukti kejayaan kerajaan PN dalam merancang dan mengurus isu pandemik COVID-19 yang kini diteruskan oleh Perdana Menteri baharu, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Dalam pada itu, Muhyiddin mengharapkan agar kerajaan sedia ada akan meneruskan agenda untuk memulihkan negara dari pandemik COVID-19 dan mengutamakan kebajikan rakyat seperti yang dilakukan oleh pentadbiran terdahulu.

Beliau yang juga Presiden parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata, ini termasuk memberikan perhatian terhadap mengangkat kembali sektor ekonomi negara dan bukannya terhadap krisis politik yang berpanjangan.

“Saya sudah 45 tahun dalam kancah politik, saya tahu politik, bukan saya tidak tahu berbahas, hentam lawan (dalam politik). Tetapi saya tahu rakyat susah, saya akan dimarahi kalau saya buat begitu kerana kes tidak selesai tetapi kita bergaduh sesama sendiri, berebut kuasa.

“Kerana itu, saya sebagai Perdana Menteri (dahulu) dan walaupun tidak lagi kini, (fokus) adalah untuk membantu rakyat. Itu bagi saya paling penting, paling utama. That is what we have been doing and I think we have been quite successful in that area,” katanya.

Beliau pada masa sama memuji langkah kerajaan di bawah pimpinan Ismail Sabri yang baru-baru ini memeterai kerjasama dwipartisan menerusi memorandum persefahaman (MoU) bersama Pakatan Harapan (PH) diatas dasar untuk membawa kestabilan kepada negara.

“Bagi saya kalau itu dapat kita lakukan tidak kira, asalkan tidak ada gangguan politik yang berpanjangan. (Seperti) baru-baru ini yang saya lihat MoU Kerajaan dan Pakatan Harapan dapat meredakan (keadaan) dan memberikan lebih masa untuk menumpukan kerja induk.

It is about recovery, itu penting bagi kita. Jadi itu kalau dapat kita kurangkan, kita dapat membantu rakyat,”katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.