nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tindakan SPRM siasat pegawai sendiri dipersoal

21 SEPT: Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki, perlu memberikan penjelasan  kenapa SPRM tidak membuat laporan polis berhubung kes kecurian barang kes membabitkan wang tunai AS$6 juta (RM25 juta) milik seorang individu yang pernah disiasat badan berkenaan.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menegaskan beliau pelik kerana SPRM tidak membuat laporan polis sebaliknya menyiasat sendiri kes kehilangan bahan bukti berkenaan membabitkan pegawai agensi berkenaan.

Hassan yang juga Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), menegaskan perkara itu perlu kerana sehingga kini tidak ada laporan dibuat SPRM bagi membolehkan siasatan dilakukan badan lain, termasuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ada beberapa perkara merisaukan kami. Malah, semalam JKMR sudah berbincang bersama dengan lembaga penasihat terhadap SPRM yang dipengerusikan Tan Sri Dr Rais Yatim. Mengapa setakat ini tidak ada laporan polis dibuat kepada SPRM.

HASSAN

“Dari segi undang-undang, ini satu kegagalan SPRM kerana apa yang disebut faktanya, duit wang yang disimpan oleh SPRM itu adalah bahan bukti. Apabila bahan bukti itu dicemar, ini satu kesalahan jenayah. Bukan kesalahan salah guna kuasa atau rasuah. Polis mesti dimaklumkan,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Hassan berkata, SPRM tidak wajar menyiasat kesnya sendiri kerana tindakan berkenaan boleh menimbulkan konflik kepentingan siasatan kes terbabit.

“Ini ‘conflict of interest’ apabila kesalahan mencuri, menyalahgunakan kuasa jenayah, melakukan pencemaran terhadap bahan bukti. Ini SPRM tidak boleh siasat sendiri. Ini kes polis.

“Sebagai seorang ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah dan sebagai Ahli Parlimen, saya menuntut Ketua Pesuruhjaya SPRM supaya membuat penjelasan,” katanya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil pula menggesa PDRM memulakan siasatannya terhadap isu itu tanpa perlu menunggu laporan rasmi dibuat agensi berkenaan.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya lima seksyen dalam Kanun Keseksaan boleh dibuka oleh polis bagi meneruskan siasatan itu termasuklah menggunakan Seksyen 489, Seksyen 204 dan Seksyen 379.

“Ada sekurang-kurangnya lima seksyen dalam Kanun Keseksaan yang seharusnya disiasat bukannya oleh SPRM tapi PDRM. Tapi, kalau kita lihat kenyataan dari Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Bukit Aman), belum ada laporan polis. Jadi saya berharap pihak polis tidak perlu menunggu laporan dan buat laporan serta memulakan siasatan.

“Apa yang berlaku ini, kita risau boleh disebut sebagai siri pengkhianatan amanah yang dipegang satu badan diamanahkan, dilantik Yang di-Pertuan Agong, demi untuk memastikan integriti kerajaan dan proses siasatan tidak tercemar dengan kemungkinan yang boleh berlaku sekarang,” katanya.

Terdahulu, SPRM semalam mengesahkan tiga pegawainya ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan.

SPRM juga memaklumkan, ketiga-tiga pegawai sudah dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk permohonan reman selama enam hari bermula 14 September lalu, serta menegaskan tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawainya yang terbabit dalam sebarang perbuatan jenayah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.