nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Guru enggan divaksin diberi tugas lain – KPM

22 SEPT: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan bahawa semua 2,100 guru enggan menerima vaksin COVID-19 tidak akan terbabit dengan sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara bersemuka dalam bilik darjah apabila sesi persekolahan dibuka semula pada 3 Oktober depan.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, berkata KPM akan memastikan semua guru enggan divaksin berkenaan tidak mengajar murid secara bersemuka di dalam kelas di sekolah.

“Guru enggan divaksin tidak boleh datang ke sekolah dan bersantai sahaja kerana kita mempunyai tugasan tertentu diberikan kepada mereka berdasarkan situasi di sekolah.

“Ini kerana 2,100 guru enggan divaksin ini bukan mengajar di sekolah yang sama. Ada sekolah semua gurunya sudah divaksinkan manakala ada pula semua guru subjek tertentu enggan divaksinkan. Jadi kita kena teliti satu persatu sebelum mengambil tindakan lanjut terhadap mereka,” katanya ketika menggulung ucapan menjunjung kasih Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong di Parlimen hari ini.

RADZI

Mengenai tindakan kepada guru enggan divaksin, Radzi berkata KPM sudah berbincang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang sedang memperincikan bentuk tindakan sesuai terhadap guru enggan divaksin bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Guru adalah sebahagian penjawat awam jadi kita mengambil tindakan kepada mereka enggan divaksin berdasarkan pedoman diberikan oleh JPA,” katanya.

Mengulas lanjut, Radzi berkata KPM sentiasa bekerjasama rapat dengan CITF bagi memastikan kadar vaksinasi dalam kalangan guru, anggota kumpulan pelaksana (AKP) dan pekerja sokongan dapat ditingkatkan bagi mewujudkan ekosistem di mana mereka berada dalam kalangan anak sekolah divaksin sepenuhnya.

Beliau berkata sehingga 20 September lalu, 90.5 peratus guru, 85.8 peratus kakitangan AKP sekolah dan 79.2 peratus pekerja sokongan sudah lengkap divaksin.

“Pada masa masa, 7.2 peratus guru, 11.4 peratus AKP dan 15.1 kakitangan sokongan sedang menunggu suntikan dos kedua vaksin COVID-19.

“Sekiranya ada ibu bapa kurang yakin dan enggan menghantar ke sekolah mereka boleh berbuat demikian dan tiada tindakan disiplin diambil, cuma kita mohon ibu bapa menghantar surat kepada pihak sekolah supaya KPM mempunyai rekod yang jelas,” katanya.

Radzi berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mewujudkan pusat pemberian vaksin (PPV) di sekolah seluruh negara.

“PPV dibuat di sekolah bergantung kepada perbincangan KPM dan KKM. Jika KKM berpandangan sesuai dibuat di sekolah maka KPM berbesar hati untuk membantu dari segi logistik dan proses pemberian vaksin dapat berjalan lancar.

“Bagaimanapun, ada keadaan tertentu KPM akan meminta pelajar ke PPV awam untuk mendapatkan suntikan COVID-19,” kataya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.