nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Aktiviti rentas negeri bukan pencetus gelombang baharu COVID-19

23 SEPT: Kerajaan memutuskan untuk membenarkan aktiviti  rentas negeri selepas kadar vaksinasi Malaysia mencapai tahap 90 peratus kerana menjangkakan kegiatan seumpama itu tidak mencetuskan gelombang baharu peningkatan kes COVID-19 di negara ini.

Sebaliknya, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, menjelaskan sebenarnya peningkatan kes penularan COVID-19 terutama dalam komuniti adalah berpunca daripada perkumpulan atau perhimpunan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan fizikal.

Berikutan itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen BN-Rembau, mengingatkan orang ramai untuk sentiasa mematuhi SOP dan menjaga jarak fizikal ketika berada di tempat awam bagi mengekang sebarang risiko lonjakan kes positif di negara ini.

“Betul, kalau dikira, 90 peratus liputan imunisasi dalam kalangan dewasa berkemungkinan mewakili sekitar 60 peratus saja jika dibandingkan dengan keseluruhan penduduk di Malaysia.

KHAIRY

“Tetapi, kadar liputan imunisasi akan meningkat, susulan pemberian vaksin kepada golongan remaja yang giat dijalankan di seluruh negara ketika ini.

“Cuma, saya ingin tegaskan bahawa pergerakan rentas negeri saja tidak akan sebabkan peningkatan kes, tetapi ‘congregation’ (pengumpulan) yang mencetuskan penularan jangkitan. Justeru, pergerakan rentas negeri bukan isu sangat,” katanya pada sesi penggulungan usul menjunjung kasih titah diraja Yang di-Pertuan Agong bagi pihak KKM Parlimen, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata kadar kematian dalam kalangan 14 juta individu yang menerima dos vaksin lengkap hanya 0.01 peratus atau 1,400 kes.

Khairy berkata, perangkaan ‘breakthrough’ atau kematian selepas mendapat perlindungan dos lengkap suntikan imunisasi COVID-19 berkenaan tidak mengambil kira jenis vaksin yang diberikan.

Beliau berkata kajian populasi kendalian Institut Kesihatan Nasional (NIH) itu turut menunjukkan kadar kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dalam kalangan individu yang mempunyai sejarah imunisasi lengkap ialah 0.007 peratus atau 980 kes.

“Ini menunjukkan walaupun ada kematian direkodkan dalam kalangan mereka yang sudah lengkap suntikan imunisasi, vaksin masih berkesan.

“Perlu diingat vaksin bukan perlindungan 100 peratus, tetapi ia mampu membendung seseorang mengalami risiko gejala teruk dan kematian apabila dijangkiti.

“Keberkesanan vaksin ini dicatatkan meskipun berlaku penularan jangkitan disebabkan varian membimbangkan (VOC) seperti delta,” katanya.

Terdahulu, Khairy mengesahkan kerajaan menolak cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencadangkan klinik kesihatan dijadikan pusat kuarantin pesakit COVID-19 kerana tidak sesuai.

Beliau berkata ini kerana klinik kesihatan tidak mempunyai kemudahan asas sebagai pusat kuarantin yang membolehkan mereka yang bergejala tinggal di premis berkenaan.

“Skop klinik kesihatan adalah untuk memberikan rawatan pesakit luar kepada golongan ibu hamil, kanak-kanak, orang kurang upaya dan warga emas yang memerlukan rawatan kesihatan susulan atau berterusan.

“Sekiranya klinik kesihatan dijadikan pusat kuarantin, dikhuatiri ia akan mendatangkan risiko penularan kepada individu-individu lain yang hadir untuk mendapatkan rawatan lain,” katanya

Get real time updates directly on you device, subscribe now.