nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Peruntukan beli Tanah Kampung Bahru tidak pernah dipohon

23 SEPT : Pendedahan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, bahawa peruntukan RM7 bilion tidak pernah dipohon dan diluluskan oleh Kerajaan sebagai sumber kewangan untuk pembelian keseluruhan tanah di Kampung Bahru, Kuala Lumpur di zaman Ahli Parlimen Amanah Shah Alam, Khalid Abdul Samad menjadi menteri menimbulkan suasana panas dan kecoh dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum pendedahan itu, Khalid sering mencelah untuk mendesak agar Shahidan memberikan pengesahan bahawa tiada usaha daripada kerajaan bagi meneruskan Pelan Pembangunan Kampung Baru seperti di era zaman kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Namun, Shahidan dengan tenang menghabiskan dulu pertanyaan yang telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen lain kepada kementeriannya sebelum mendedahkan perkara itu, di mana maklumat kos ini telah dibentangkan melalui Nota Jemaah Menteri pada 8 September 2020

“Berhubung dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Shah Alam tentang pelaksanaan pembelian keseluruhan tanah di Kampong Bharu yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 7 bilion, peruntukan RM7 bilion tersebut tidak pernah dipohon dan diluluskan oleh Kerajaan sebagai sumber kewangan untuk pembelian tersebut. 

“Maklumat kos ini telah dibentangkan melalui Nota Jemaah Menteri pada 8 September 2020 dan didapati pembelian tanah ini melibatkan kos yang tinggi dan tiada model pembiayaan dan tiada sumber dana diperuntukkan bagi pembelian tanah tersebut. 

“Oleh yang demikian, pendekatan pelaksanaan tawaran yang dibuat pada ketika itu adalah tidak berlandaskan kepada mana-mana sumber peruntukan daripada Kerajaan,” katanya ketika sesi penggulungan Titah Diraja kementeriannya, di Dewanm Rakyat, Kuala Lumpur, hari ini.

Pendedahan Shahidan berhubung peruntukan pembelian tanah Kampung Bahru membuatkan bekas Menteri Wilayah, Khalid Samad berang.

Kenyataan dari Shahidan itu membuatkan Khalid tidak duduk diam dan sering mencelah seolah-olah tindakan yang dilakukan oleh beliau adalah betul.

Shahidan membalas semula dengan menegaskan tiada punca kuasa, sumber kewangan mahupun keputusan daripada Jemaah Menteri ketika itu namun Ahli Parlimen Shah Alam itu telah mengumumkannya yang merupakan satu perbuatan yang salah.

“Mana boleh seorang Menteri umumkan RM7 bilion tapi sumbernya di mana dan tiada. Dari mana pun (sumbernya) kena ada persetujuan daripada jemaah Menteri,”katanya.

Dalam pada itu, Shahidan menyambut baik pelawaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar berbasikal bersamanya kerana beliau telah memulakan aktiviti pemantauan di sekitar ibu kota dengan melakukan aktiviti berjalan.

“Berhubung dengan cadangan Muar, saya bersetuju dan tidak ada masalah malah laluan basikal yang 300 kilometer itu sedang diusahakan.

“Oleh kerana jalan itu bertindih dengan jalan pejalan kaki maka saya jemput Muar berjalan kaki dengan saya, kita akan nampak lebih banyak tempat,” jawab Shahidan di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Syed Saddiq mengajak Shahidan berbuat demikian bagi meninjau lorong berbasikal agar proses menaik taraf lorong itu dapat dilakukan oleh menterinya sendiri.

“Saya ajak menteri turun berbasikal dengan saya supaya saya boleh tunjukkan jalan-jalan yang perlu dinaik taraf dan dalam pada masa yang sama berpotensi untuk bangunkan laluan berbasikal yang baharu.

“Ini kerana potensi untuk Kuala Lumpur menjadi bandar berbasikal itu amat besar,” tawar Syed Saddiq ketika mencelah penggulungan Titah Diraja Shahidan di Dewan Rakyat, hari ini. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.