nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan perlu tubuh Majlis Pemulihan Negeri

27 SEPT: Kerajaan disarankan supaya menubuhkan Majlis Pemulihan Negeri diketuai oleh Ketua Menteri atau Menteri Besar yang mempunyai fungsi sama seperti Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Cadangan itu diutarakan dalam Mesyuarat MPN yang dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya hari ini.

Muhyiddin yang juga Pengerusi MPN berkata Majlis Pemulihan Negeri berperanan untuk memastikan keputusan MPN dilaksanakan di peringkat negeri, memperaku strategi dan inisiatif pemulihan di peringkat negeri dan daerah, dan memantau impak pelaksanaan inisiatif pemulihan di peringkat negeri dan daerah.

“Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah sedia ada akan bertindak sebagai mekanisme pelaksanaan dan pemantauan inisiatif pemulihan negara di peringkat daerah.

Muhyiddin mempengerusikan Mesyuarat MPN di Putrajaya hari ini.

“Cadangan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri dan mekanisme yang berkaitan akan dikemukakan kepada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan persetujuan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MPN hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata mesyuarat hari ini juga memutuskan MPN akan menumpukan kepada pemulihan negara secara menyeluruh melibatkan pelbagai sektor dan kumpulan terkesan.

Beliau berkata antara sektor yang perlu diberikan keutamaan dalam proses pemulihan, terutamanya aktiviti ekonomi yang paling memberikan sumbangan kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, sektor yang paling banyak menyediakan pekerjaan dan sektor yang paling terjejas akibat penularan COVID-19.

“MPN juga akan memberi tumpuan untuk mengenal pasti bantuan yang boleh disediakan kepada perniagaan, usahawan mikro, kecil dan sederhana untuk bangkit dan meneruskan perniagaan.

“Kita juga akan memberi tumpuan kepada masalah kemiskinan pascapandemik dalam kalangan penduduk bandar dan luar bandar serta kumpulan rentan dan bentuk bantuan yang boleh disediakan,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin berkata mesyuarat MPN kali juga memberikan fokus kepada persiapan bagi pembukaan semula sektor pelajaran di mana majlis telah diberi penerangan yang terperinci berkaitan laporan status terkini COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Mesyuarat hari ini juga diberikan penerangan mengenai Pelan Pembukaan dan Pengoperasian Institut Pendidikan Tinggi Sesi Akademik 2021/2022 oleh Kementerian Pengajian Tinggi, selain laporan Penilaian Pembukaan Sekolah oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

“Saya berpuas hati dengan pembentangan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan, mengenai perkembangan terkini kes-kes COVID-19 dan kadar penggunaan katil wad ICU yang telah menunjukkan penurunan.

“Begitu juga dengan ketersediaan vaksin yang mencukupi untuk tujuan suntikan booster dose bagi semua penduduk dewasa di negara ini hasil daripada keputusan yang telah dibuat sebelum ini untuk menempah sejumlah vaksin yang lebih daripada mencukupi bagi keperluan penduduk negara kita,” katanya.

Muhyiddin berkata mesyuarat pada hari ini mengambil maklum mengenai pembukaan Institusi Pendidikan Tinggi secara berperingkat bermula pada 15 Oktober 2021 dan pembukaan sekolah secara berperingkat bermula pada 3 Oktober 2021 serta SOP yang akan berkuat kuasa demi melindungi warga IPT dan warga sekolah dari jangkitan COVID-19. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.